CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Johor] 'Rumah retak belum setahun diduduki'

[Copy link]
Post time 4-7-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Aznor Hidayah menunjukkan keretakan di tingkat atas yang jelas kelihatan. - Foto NSTP/Omar Ahmad

JOHOR BAHRU: Belum sampai setahun menduduki Perumahan Pangsapuri Impian Jauhar di sini, lebih 100 keluarga berdepan masalah pelbagai kerosakan termasuk retak dalam dan luar rumah, paip bocor, lif rosak serta tekanan air rendah terutama mereka yang berada di tingkat atas.

Penjawat awam, Iman Nurudinn Azmi, 30, berkata dia membeli kediaman berharga RM150,000 itu menerusi program Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) yang dilaksanakan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Rumah yang dijadual siap Disember 2019 itu tertangguh sejak beberapa tahun sebelum penduduk mula mendapat kunci kediaman masing-masing secara berperingkat bermula Disember 2021.

"Pangsapuri ini mula dihuni pada 28 November tahun lalu dan kini lebih 50 peratus sudah dihuni di 320 unit rumah di situ. Malangnya ketika kami masuk secara berperingkat mulai hujung tahun lalu dan awal tahun ini, keadaannya amat teruk serta tidak terurus.


"Apabila dibuat aduan, mereka hanya cat semula untuk menutup bahagian retak dan bukan menampal semula dengan simen.

"Ada juga bahagian retak teruk di luar bangunan ditampal dengan simen tetapi tidak dicat semula manakala ada rumah dibiarkan retak begitu saja hingga kini. Kami sebagai pembeli kecewa dengan sikap pemaju," katanya yang menetap di tingkat lima.

Bagi penduduk yang juga pekerja swasta, Chong Kwong Chin, 32, sebuah blok diperuntukkan sebanyak tiga lif, namun ia kerap rosak sehingga kadangkala ketiga-tiga lif rosak serentak.

"Saya menduduki kawasan ini sejak Mei lalu, namun dalam tempoh sebulan lebih ini, sudah dua kali ketiga-tiga lif blok saya rosak menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan tangga.

"Selepas aduan dibuat dan lif berkenaan dibaiki, hanya beberapa hari kemudian salah satunya akan rosak kembali. Kini hanya dua lif saja berfungsi.

"Lif yang rosak pula dibiarkan hampir sebulan dengan alasan tiada alat ganti," katanya.

Seorang lagi penduduk, Aznor Hidayah Ahmad, 37, pula berkata mereka membuat gesaan supaya kerosakan yang berlaku dibaiki segera kerana mereka membayar wang penyelenggaraan RM105.60 sebulan sejak Disember tahun lalu.

"Dimaklumkan semua penduduk membayar wang penyelenggaraan, namun tiada tindakan penyelenggaraan dibuat pemaju atau kontraktor yang dilantik mereka.

"Masalah terkini yang berlaku adalah pengawal keselamatan sudah menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu, dipercayai tidak dibayar pihak pengurusan, sedangkan wang bulanan kami bayar mengikut masa ditetapkan.

"Pengawal keselamatan penting kerana kawasan sekitar perumahan ini sering menjadi lokasi mat rempit berlumba pada petang dan kadangkala hingga lewat malam," katanya.

Sehubungan itu, penduduk memohon pemaju, Johor Land Berhad (JLand) menyelesaikan masalah berbangkit khususnya membabitkan kerosakan yang berlaku dan tidak mencemarkan nama baik YSIJ dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri.

Ini kerana pelancaran RIBJ disempurnakan Sultan Ibrahim dengan majlis penyerahan surat tawaran dibuat sendiri baginda, selain majlis penyerahan kunci turut disempurnakan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim beberapa tahun lalu.

Program RIBJ adalah cetusan idea Sultan Ibrahim yang prihatin mengenai permintaan rakyat Johor untuk mendapatkan rumah kediaman selesa dengan harga mampu milik dan dilancarkan pada 22 Mac 2017 dengan lebih 350,000 orang membuat permohonan.
https://www.bharian.com.my/berit ... um-setahun-diduduki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.281527 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list