CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 2

R Kelly saman penjara

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
R Kelly saman penjara


Kelly dilaporkan mengaku situasi getir yang dihadapinya membawa kesengsaraan yang teruk terhadap mental. - Foto AFP

NEW YORK: Penyanyi R&B, R Kelly membuat tuntutan saman terhadap Pusat Tahanan Metropolitan (MDC) Brooklyn atas dakwaan secara salah menempatkan dirinya dalam pengawasan bunuh diri selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan merekrut dan memerangkap remaja serta wanita untuk seks, akhir bulan lalu.

Dalam aduan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Kelly, 55, memberitahu, pegawai MDC Brooklyn mengarahkan pengawasan bunuh diri dilaksanakan sejurus dia dijatuhkan hukuman pada 29 Jun lalu, atas alasan dirinya banduan berprofil tinggi, lapor agensi.

Peguam Kelly Jennifer Bonjean memetik seorang pendakwa berkata, peguam MDC Brooklyn menyatakan arahan itu dibuat kerana Kelly dianggap banduan berisiko.

"Mengikut jabatan psikologi, banduan berada dalam amaran psikologi atas pelbagai sebab seperti umur, jenayah, publisiti dan hukuman.

"Tiada jadual waktu disediakan," katanya dalam aduan itu seperti yang dilaporkan agensi.

Bonjean sebaliknya tidak berpuas hati dengan penjelasan itu dan menyifatkan sistem pengurusan pusat tahanan terbabit tidak ubah kem buruh politik.

Sementara itu, Kelly dilaporkan mengaku situasi getir yang dihadapinya membawa kesengsaraan yang teruk terhadap mental.

Malah, Kelly mendakwa pengawasan bunuh diri yang dikenakan ke atasnya sebagai kejam dan luar biasa selain melanggar pindaan kelapan Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Kelly menuntut ganti rugi dan pampasan yang tidak ditentukan. Namun, agensi melaporkan, dokumen menunjukkan Kelly menuntut AS$100 juta (RM440 juta).

Sementara itu, MDC Brooklyn ketika diminta mengulas perkara itu, tidak memberi jawapan, lapor agensi.

Pada September 2021, Kelly didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan yang dihadapinya termasuk yang paling serius melakukan pemerasan dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.

Hukuman itu dibuat lebih sebulan sebelum pemilihan juri dimulakan dalam perbicaraan kes berasingan di Mahkamah Persekutuan dihadapi Kelly yang sudah lama tertangguh di Chicago, pada 15 Ogos depan.

Dalam kes itu, Kelly dan dua yang lain didakwa menipu dalam perbicaraan kes pornografi membabitkan penyanyi itu pada 2008 dan menyembunyikan penderaan seksual terhadap individu bawah umur, selama bertahun-tahun. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... kelly-saman-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 09:22 AM | Show all posts
engko buat hal, engko nk saman penjara tu dah kenapa? kes dia ni berprofil tinggi kot, ppuan2 tu semua katanya under age kot. kat netflix and asteruk ada jer kes dia ni dia org filem kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 11:28 AM | Show all posts
dah kaya jd setonnnn, apala
sikit punya sedap lagu I biliv I can plaiiii duluu
hadoiii....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054144 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list