Tergolong antara selebriti terkaya di Indonesia, Raffi Ahmad juga terkenal dengan gelaran Sultan di negara jiran itu.
Kekayaan yang dikumpul bersama Nagita Slavina itu bukan sahaja disimpan untuk diri sendiri tetapi pasangan itu sering berkongsi dengan golongan memerlukan.
IG Raffi
Tidak hanya itu, Raffi juga cukup bersikap pemurah terhadap pekerjanya dengan sering memberikan barangan mewah kepada mereka.
Salah seorang pembantu mereka iaitu Lala yang menguruskan kedua-dua anak pasangan itu sering menerima pelbagai hadiah mewah termasuk dibawa bercuti ke luar negara.
Instagram.com/shela_lala96
Pembantunya bernama Sensen pula pernah menerima hadiah berupa sebuah kereta Honda Brio.
Instagram.com/sesenraffinagita
Paling istimewa, pembantunya yang paling lama berkhidmat, Merry mendapat hadiah paling diidam-idamkan iaitu sebuah rumah bagi menghargai semua usaha mereka.
Instagram.com/raffinagita1717
Sumber: mStar |