CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Johor] Johor sasar kekal pengeluar utama hasil pertanian negara sehingga 2027

[Copy link]
Post time 3-7-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

ZAHARI Sarip (dua kiri baju putih) menyampaikan Sijil Anugerah Peneraju Inovasi Agro Makanan 2022 kepada seorang usahawan pertanian di Program Karnival Agro Johor 2022 di Dataran Segamat


SEGAMAT: Johor menyasarkan terus kekal menjadi pengeluar utama hasil pertanian di negara ini hingga 2027.

Ini berdasarkan pencapaian negeri yang berjaya mencatat jumlah pengeluaran pada tahun 2021 sebanyak 736,178 tan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, pengeluaran pertanian bagi buah-buahan mencatat sebanyak 569,004 tan dan sayur-sayuran 167,174 tan pada tahun lalu.

Sasaran peningkatan berkenaan adalah sebanyak 34 peratus untuk buah-buahan manakala sebanyak 32 peratus bagi sayur-sayuran.

“Antara hasil pertanian utama yang yang dikeluarkan oleh negeri Johor adalah buah nanas, durian, pisang, betik dan tembikai. Bagi sayur-sayuran pula, cili, bendi dan halia.

“Hasil pertanian ini bukan sahaja bagi pasaran tempatan, malah, akan dieksport ke luar negara.

“Kita menjangkakan peningkatan setelah pembukaan kawasan baharu pertanian di negeri ini sebanyak 3,000 ekar,” katanya selepas merasmikan Karnival Agro Johor Tahun 2022 di Dataran Segamat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong; Timbalan Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, Azizi Azimi Mat Nayan dan Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim

Zahari berkata, buah nanas kini mendapat permintaan tinggi dari negara jiran dan Eropah dengan nanas MD2 menjadi pilihan utama.

“Eksport berkenaan semakin meningkat dan setiap minggu kita menerima permintaan sebanyak 1,000 kontena yang akan diletakkan di hab pengedaran di negara Jerman untuk pasaran di sekitar Eropah.

“Selain di Eropah, nanas juga mendapat permintaan yang tinggi di negara jiran dan Timur Tengah seperti di Turki dan beberapa negara Arab,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang terlibat dalam sektor pertanian, penternak dan perikanan untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

“Teknologi pertanian persis pintar turut memberikan impak pengeluaran hasil yang lebih besar dan meningkatkan pendapatan mereka.

“Perkembangan teknologi berkenaan antara lain turut memudahkan pengurusan pertanian serta peningkatan modal insan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... gara-sehingga-2027/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042469 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list