CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Perlis] KPDNHEP peka dengan sensitiviti rakyat

[Copy link]
Post time 3-7-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

AZMAN (kanan) ketika mengadakan pemantauan harga barangan di sebuah pasar raya di Georgetown, semalam. FOTO Mikail Ong

Padang Besar: "Mungkin cara (penerangan) itu tidak dapat diterima masyarakat dan apa pun kenaikan harga barang ini sebenarnya sudah dibincangkan antara kerajaan dan pengusaha yang terbabit dengan penjualan barang kawalan.

"Kita juga sering mengambil kepentingan sensitiviti rakyat terutama dalam hal kenaikan harga barang ini," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof.

Beliau memberi reaksi itu berhubung video tular mengenai kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar semalam yang meminta pengguna mengurangkan pengambilan telur ayam susulan kenaikan harga bahan mentah ketika ini.


Azman berkata, kerajaan masih membantu dalam memberikan subsidi dan bagi masyarakat pula, mereka masih mempunyai pilihan terutama kenaikan harga telur ayam, sama ada memilih telur dari Gred A hingga E dan juga Gred AA.

"Kerajaan sudah pun campur tangan dalam memberikan subsidi kepada harga telur ayam dalam pasaran dan terpulang kepada pengguna untuk memilih jenis telur yang bagaimana hendak dibeli," kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan Ops Bersepadu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, hari ini.

Terdahulu, Azman melakukan tinjauan dan pemeriksaan di pusat kawalan keluar dan masuk kenderaan berat membabitkan treler yang membawa barang makanan di ICQS Padang Besar.

Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mei tahun ini, sebanyak 115 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi berjaya ditangani dengan nilai rampasan berjumlah RM10.19 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sensitiviti-rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 1.402882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list