CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'BH jenama berita berpengaruh, salur maklumat sahih kepada pembaca' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
'BH jenama berita berpengaruh, salur maklumat sahih kepada pembaca' - Kon Yeow

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 2, 2022 @ 1:12pm [email protected]


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP



BAYAN LEPAS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak ketinggalan menyertai menteri, pegawai kerajaan dan pelbagai syarikat korporat merakamkan ucapan tahniah kepada kepada Berita Harian (BH) yang meraikan ulang tahun ke-65, semalam.

Beliau turut memuji BH sebagai jenama berita yang berpengaruh dalam menyampaikan maklumat sahih kepada khalayak pembaca.

"Kepada Berita Harian, selamat menyambut ulang tahun ke-65. Sebuah agensi media yang sudah beroperasi begitu lama.

"Satu branding (jenama) yang begitu kuat menyampaikan maklumat sahih dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Terima kasih," katanya menerusi satu rakaman video pendek kepada BH di sini, hari ini.

Edisi pertama BH dilancarkan pada 1 Julai 1957 iaitu dua bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu menyambut kemerdekaan seterusnya membantu memenuhi keperluan ketika era nasionalisme dan pengisian kemerdekaan.

BH menjadi antara pilihan utama masyarakat pelbagai peringkat bagi mendapatkan kandungan berita, maklumat dan ilmu sejak diterbitkan pada 1957, di samping berperanan dalam pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Kon Yeow ditemui selepas merasmikan Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 03:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.090363 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list