CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Derita umpama kulit disiat, dicucuk jarum

[Copy link]
Post time 2-7-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode

MAYA Suriani menguruskan Nofrizal Sofyan yang menderita penyakit Varicella-zoster menyebabkan kulitnya seperti terbakar. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Seremban: Siapa menyangka bermula dengan kudis kecil, Nofrizal Sofyan Effendy kini menderita penyakit kulit yang menyebabkan seluruh anggota badannya seperti terbakar dan melepuh.

Nofrizal Sofyan, 48, kini dijaga sepenuhnya oleh isteri, Maya Suryani Sumiran, 35, selepas dia tidak mampu bangun atau duduk dengan sendiri.

Maya Suryani berkata, penyakit itu bermula dengan kudis kecil sebelum merebak ke seluruh anggota badan sejak tiga bulan lalu.

"Saya sedih melihat suami menangis menahan sakit, kulitnya rasa panas terbakar dan disiat seperti diperah limau serta seakan dicucuk dengan jarum.

"Dia sangat menderita, hendak makan pun sukar sebab ada ulser dalam mulutnya. Biasanya saya beri susu atau nasi dengan lauk berkuah," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jiboi, di sini semalam.

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PerkasihN9) melalui Pengerusinya Fadillah Mansor datang melawat dan menyampaikan bantuan barang keperluan kepada keluarga itu.

Maya Suryani berkata, mereka sekeluarga hilang punca pendapatan malah dia juga perlu menguruskan dua anak yang masih kecil, Muhammad Aqil Reyhan, 5, dan Aisyah Aalya, 2, serta ibu mentua berusia 63 tahun yang tinggal bersama.

Suri rumah itu berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk merawat suaminya sebelum ini termasuk ke klinik dan perubatan secara tradisional.

"Keadaan kulitnya tetap sama, namun begitu saya tidak pernah patah semangat dan positif dia akan kembali pulih seperti sebelum ini," katanya.

Menurutnya, Maya Suryani memberitahu suaminya sukar tidur dan kadang kala meracau akibat penyakit itu.

Dia berkata, wang simpanan keluarga juga habis dan barang kemasnya terpaksa digadaikan untuk membayar kos perubatan suami.

"Sewa rumah juga sudah tertunggak selama tujuh bulan berjumlah RM1,800 sejak Februari lalu selepas suami terlantar sakit," katanya.

Sementara itu, doktor persendirian yang melakukan rawatan mencuci luka di rumah, Dr Roslan Mohd Yunus berkata, Nofrizal menghidap penyakit kulit bawaan virus Varicella-zoster .

"Penyakit ini ada kaitan dengan jangkitan virus yang menyerang sistem darah dan pesakit juga ada masalah kencing manis menjadikan dia lebih berisiko.

"Suhu badannya sentiasa panas dan menyebabkan pelepuhan kulit dan terbakar, seperti bara api dalam badan menggelupas terlalu panas untuk dia," katanya.

Dr Roslan berkata, penyakit itu ada peluang untuk sembuh tetapi keluarga perlu membiayai kos yang agak tinggi untuk rawatan mencuci luka RM100 dan penggunaan krim khas RM150 sehari.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Maya Suryani di talian 010-5182634 atau menerusi akaun Bank Simpanan Malaysia 0500141100025127 (Nofrizal).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... isiat-dicucuk-jarum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.046006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list