CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Kedah] Bekalan minyak masak bersubsidi pulih beberapa hari lagi

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 2-7-2022 01:06 PM



Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof (tengah) bersama Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth (kanan) melakukan pemantauan sempena pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum di Pasar Besar Alor Setar di sini, hari ini - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

ALOR SETAR: Masalah kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negara ini dijangka pulih dan akan kembali stabil dalam tempoh beberapa hari lagi.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, berkata ia berikutan 60,000 metrik tan kuota minyak masak akan diedarkan kepada pembungkus dan pemborong.

Katanya, setiap bulan pembungkus dan pemborong akan menerima kuota sebanyak jumlah itu pada hari pertama dan kedua setiap awal bulan sebelum memulakan pembungkusan minyak.

"Harga kuota yang masih ditanggung oleh kerajaan adalah RM2.50 sepaket bagi satu kilogram (kg).



"Sebenarnya, kekurangan bekalan ini bukan disebabkan pembelian panik, tetapi kerana permintaan sangat tinggi terhadap minyak masak paket kerana perbezaan subsidi kerajaan dengan yang tidak bersubsidi.


"Sebab itu kita lihat permintaan terhadap minyak masak paket ini mendapat sambutan pengguna," katanya selepas pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum pemeriksaan di Pasar Besar Alor Setar di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya melakukan sebanyak 1,873 pemeriksaan di seluruh negara semalam membabitkan harga ayam, telur dan minyak masak.
"Hanya terdapat 13 kes yang dilaporkan tetapi tidak membabitkan penjualan melebihi harga kawalan," katanya.

Dalam pada itu, Azman turut menegaskan tiada sebab peruncit menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Tiada sebab peniaga di negara ini menjual ayam melebihi harga siling RM9.40kg yang ditetapkan oleh kerajaan terutama di kawasan luar bandar.
"Sepatutnya tidak timbul isu perbezaan harga jualan ayam di bandar dan luar bandar kerana mekanisme harga yang ditetapkan oleh kerajaan sudah mengambil kira margin keuntungan yang mencukupi untuk setiap peringkat.

"Jika benar berlaku perbezaan harga terutama di kawasan luar bandar, KPDNHEP mengalu-alukan aduan daripada pengguna. Orang ramai boleh memberikan maklumat lengkap termasuk harga dan tempat jualan bagi membolehkan tindakan segera diambil," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -beberapa-hari-lagi



   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.807550 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list