CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2172|Reply: 1

Bapa perlu bersifat pelindung

[Copy link]
Post time 30-6-2022 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Bapa perlu bersifat pelindung


Bapa perlu bersifat sebagai pelindung untuk wujudkan keharmonian di dalam institusi keluarga. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bapa perlu bersifat sebagai pelindung di dalam keluarga, supaya anak-anak dapat merasai diri mereka sentiasa dalam keadaan selamat dan rasa disayangi.

Pegawai Psikologi yang juga Kaunselor Berdaftar Bahagian Kesejahteraan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Md Noh Saiman, berkata namun terdapat banyak kes bapa bersifat sebaliknya.

Katanya, bapa yang tidak menunjukkan sifat pelindung kepada anak-anak boleh menyebabkan mereka merasa kurang selesa sekali gus mudah terbabit dengan perkara tidak sepatutnya.

"Jika bapa gagal hadir dalam sesebuah keluarga untuk bersifat sebagai pelindung, anak dibimbangi boleh terbabit dengan gejala sosial.

"Ini kerana bapa disifatkan sebagai pelindung dalam keluarga dan jika itu tiada, keluarga akan rapuh," katanya pada Program Bicara Kasih Keluarga yang diadakan secara dalam talian sempena Sambutan Hari Bapa 2022, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Md Noh berkata, jika berlaku perkara sedemikian, sudah pasti anak akan merasa tidak selesa dengan kehadiran bapanya walaupun di dalam rumah.

Keadaan itu dapat dilihat apabila jika secara tiba-tiba bapa mahu memulakan perbualan, anak-anak akan cuba mengelakkan diri daripada berbual.

"Jika anak enggan berbual dengan bapa mereka, ia menunjukkan terdapat masalah komunikasi serta konflik dan ia perlu dibetulkan segera," katanya.

Bapa perlu bersifat terbuka dan tidak hanya menyalahkan anak jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Ada bapa merasakan apa dilakukan mereka betul dan terbaik sebaliknya perlu juga mendapatkan pendapatan anak-anak terlebih dahulu.

"Akibat perubahan zaman, pemikiran anak sekarang ini tidak sama dengan kita sebelum ini jadi perlu ada penyesuaian.

"Malah, ibu bapa juga perlu sentiasa bersedia dengan apa juga situasi dan keadaan yang bakal dihadapi anak-anak pada dalam era ini.

"Jadi jalan terbaik untuk mengelak sebarang masalah, amalkan sentiasa bermaafan sesama sendiri supaya hati kedua-dua pihak lebih tenang," katanya.

Walaupun bapa disifatkan tegas dan sukar untuk menunjukkan kasih sayang, namun mereka masih seorang yang mempunyai perasaan.

Meskipun mempunyai perasaan, namun satu kelemahan bapa, mereka banyak memendam perasaan kerana tidak tahu cara untuk meluahkannya.

"Gagal meluahkan perasaan boleh menyebabkan berlaku isu kesihatan mental, justeru golongan ini juga perlu bijak meluahkan perasaan dengan banyakkan bercakap mengenai masalah yang dihadapi.

"Tidak salah bapa meluahkan perasaan terpendam dengan menangis jika itu dapat melegakan tekanan yang dihadapi.

"Jika gagal luahkan perasaan dibimbangi mereka akan mudah menjadi marah dan menyebabkan orang sekeliling terutama pasangan menjadi salah faham pula," katanya.

Justeru, anak-anak perlu sentiasa menghormati perasaan bapa dengan memberi perhatian sama rata antara ibu dan bapa supaya tiada sesiapa yang berkecil hati.

Tidak salah memberikan kejutan dan hadiah kepada bapa terutama pada hari lahirnya dan ketika sambutan Hari Bapa.

"Namun paling mudah bagi mereka yang jarang berjumpa bapa, setiap kali berjumpa peluk dan katakan kita bangga menjadi anak mereka," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -bersifat-pelindung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 12:50 PM | Show all posts
Sekarang kaum isteri pun boleh saja berperanan sbg pelindung keluarga lah...
Tengok aja yg bersepah merata isteri2 yg mintak cerai hari ini...????

TT nee ketinggalan ketapi ERL lah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.103482 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list