CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Kedah] Masih ada penjawat awam di Kedah terlibat rasuah

[Copy link]
Post time 30-6-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode

SHAHAROM Nizam Abd. Manap (lima dari kanan) memegang sepanduk 'Kami Sepakat Tolak Rasuah' pada majlis penutup Program 'Kedah Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah' di Auditorium MPSPK, Sungai Petani, di sini hari ini.

   
SUNGAI PETANI:  Seramai 56 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah atas kesalahan berkaitan rasuah dan tuntutan palsu bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, jumlah itu membabitkan seramai tujuh penjawat awam, selain 43 pekerja swasta dan enam orang awam.

“Setakat hari ini, SPRM Kedah menerima 142 maklumat mengenai kesalahan-kesalahan berkenaan rasuah dan selepas siasatan dilakukan kita membuka 38 kertas siasatan.

“Malah, sejak awal tahun kita membuat 22 pertuduhan melibatkan Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu dengan curang menggunakan suatu dokumen sebagai tulen, Seksyen 165 kanun sama (pegawai awam terima barang berharga) dan Seksyen 17b Akta SPRM 2009 (memberi suapan kepada ejen),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Kedah Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di sini hari ini.

Tambahnya, kesalahan lain yang telah dituduh merangkumi Seksyen 17a Akta SPRM 2009 kerana setuju terima suapan, selain Seksyen 470 kerana memalsukan dokumen dan Seksyen 214 iaitu menawar atau memulangkan harta untuk melepaskan pesalah.

“Daripada keseluruhan kes yang dituduh, dua daripadanya membabitkan pegawai awam yang terdiri daripada golongan profesional manakala tiga merupakan kakitangan sokongan.

“Kita turut menyita dan membeku harta berjumlah RM700,000 membabitkan barangan berharga dan tanah serta melucut hak wang tunai berjumlah RM500,000,” katanya.

Shaharom Nizam berkata, walaupun jumlah tangkapan penjawat awam masih kecil di negeri ini tetapi kegiatan terkutuk itu tidak boleh dibiarkan berlaku.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan membabitkan rasuah untuk memastikan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini sentiasa berintegriti tinggi. –UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... ah-terlibat-rasuah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.661498 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list