CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 10

Bintang R&B Terkenal, R. Kelly Dihukum Penjara 30 Tahun, Didapati Bersalah Lakukan Jenayah Seks

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode


Bintang R&B Terkenal, R. Kelly Dihukum Penjara 30 Tahun, Didapati Bersalah Lakukan Jenayah Seks



Bintang R&B terkenal, R. Kelly dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks terhadap wanita dan kanak-kanak.

Memetik laporan Unilad, hukuman telah dijatuhkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di New York semalam.

Selepas beberapa kali perbicaraannya tertangguh sebelum ini, dia akhirnya menghadapi hukuman minimum 10 tahun dan maksimum penjara seumur hidup.

Hakim Ann Donnelly berkata bahawa penyanyi itu telah menggunakan ‘orang suruhan’ untuk ‘memerangkap’ mangsa yang kebanyakannya terdiri dari peminatnya.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, seramai tujuh orang mangsa telah memberi keterangan berkaitan jenayah yang dilakukan oleh Kelly.

“Dengan setiap penambahan mangsa baru, anda terus ‘rancak’ melakukan kejahatan, angkuh, tidak berperikemanusiaan dan tidak sedar diri.

“Anda seorang pendera, anda tidak tahu malu, anda menjijikkan,” kata seorang saksi.

Dalam pada itu, walaupun Kelly mengaku tidak bersalah tetapi pada 27 September 2021, juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mendapati  bahawa dia bersalah atas sembilan jenayah seks, termasuk pemerkosaan dan pemerdagangan seks.

Difahamkan beberapa orang mangsa dipercayai telah memberi keterangan secara terperinci semasa perbicaraan tanpa menggunakan nama sebenar mereka untuk melindungi privasi dan keselamatan.

Mereka mendakwa bahawa Kelly mendorong mereka melakukan tingkah laku songsang dan sadis ketika mereka di bawah umur.

Sementara itu, pasukan peguam penyanyi itu meminta agar dia menerima hukuman yang lebih ringan kerana dia mengalami trauma yang melibatkan penderaan seksual kanak-kanak yang teruk, kemiskinan dan keganasan.

Tuduhan salah laku seksualnya telah tersebar sejak zaman kegemilangannya pada tahun 90-an tetapi mula mendapat perhatian dan dibongkar secara mendalam menerusi dokumentari Surviving R. Kelly.

Sumber: Unilad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah tgk dokumentari psl dia.. dia ni mmg jahat. Tpi bila srmya tuduhan berlaku termasuk isu dia ada affair dgn  aliyah yg masa tu underage org industry   termasuk media hipokrit masih sokong dia. bila dah sendu babai la ko.sama kes mcm bill cosby semua tu. bila dah x berguna beriya cancel
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah jatuh hukuman. Lamanya perbicaraan dia. Rasanya dari i zaman sekolah dengar kes dia ni. Mcm betul2 ada hidden hands until time he got to be sacrificed.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:24 AM | Show all posts
Kesian yang jadi mangsa, budak2 mesti trauma bagi kesan kat dia sampai lah ke tua. Jangan kau tetiba gantung diri plak dalam cell tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:47 PM | Show all posts
Abih rosak lagu i believe i can fly. Seb baik byk lg lagu motivasi yg best.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
patut mak bapak those underage girls tu pun kena penjara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 11:40 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:26 AM | Show all posts
kalau bunuh diri dan mampus dalam penjara pun bagus...selayaknya la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 11:19 PM | Show all posts
alesandra replied at 30-6-2022 10:20 AM
Penah tgk dokumentari psl dia.. dia ni mmg jahat. Tpi bila srmya tuduhan berlaku termasuk isu dia ad ...

Mana nak tengok dokumentari tu ya??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:25 PM | Show all posts
gendutDebab replied at 7-7-2022 11:19 PM
Mana nak tengok dokumentari tu ya??

tittle dokumentari tu.... surviving r.kelly.cer try kat youtube.ada kot.sbb aku tgk kat astro..channel CI.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:32 PM | Show all posts
alesandra replied at 7-7-2022 11:25 PM
tittle dokumentari tu.... surviving r.kelly.cer try kat youtube.ada kot.sbb aku tgk kat astro..cha ...

maceh...nk cari skrg juga...kejam...gendut mmg suka tgk2 dokumentari mcmni...bagi kesedaran kat kita bahawa dunia ini mmg kejam dan penuh kepalsuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.187301 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list