|
PANDELELA bersama pingat gangsa di Budapest.
Kuala Lumpur: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa acara 10m platform wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary, awal pagi tadi.
Atlet dari Sarawak itu mempamerkan prestasi konsisten dalam lima terjunan untuk mengutip 338.85 mata, ketinggalan 78.4 mata di belakang juara dunia 2019 Chen Yuxi dari China yang meraih emas manakala perak milik seorang lagi jaguh China, Quan Hongchan, 15, yang juga juara Olimpik Tokyo, dengan kutipan 416.95 mata.
Selepas ini Pandelela akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita.
Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima acara 10m platform, tetapi membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gangsa-di-budapest |
|