CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Kedah] Pujukan bomba selamatkan wanita terjun jambatan

[Copy link]
Post time 27-6-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah hari ini. - Foto JBPM

ALOR SETAR: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami kemurungan terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, wanita berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja.

Beliau berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.36 petang.

"Anggota BBP Jalan Raja yang tiba di lokasi mendapati wanita itu dilihat sedang berdiri di atas jambatan (bersebelahan tiang) dan dipercayai untuk terjun.


"Bagaimanapun, tindakan anggota kami menggunakan kaedah memujuk berjaya menyelamatkan mangsa dari bertindak di luar kawalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... ita-terjun-jambatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.306970 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list