CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP Pulau Pinang terima 13 aduan sorok barang kawalan

[Copy link]
Post time 27-6-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP Pulau Pinang terima 13 aduan sorok barang kawalan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 27, 2022 @ 7:59am  [email protected]




Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang melakukan pemantauan Op Anti-Sorok. - Foto ihsan KPDNHEP




GEORGETOWN: Sebanyak 13 aduan sorok barang kawalan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menerusi Ops Anti-Sorok bermula Januari hingga 22 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Shamsul Nizam Khalil, berkata KPDNHEP turut mengadakan pemantauan harga dan bekalan ayam, telur serta minyak masak botol di peringkat ladang, pemborong dan peruncit di sekitar Pulau Pinang, semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati bekalan barang kawalan mencukupi dan mudah diperoleh serta tiada sebarang kegiatan sorok dikesan," katanya menerusi kenyataan di sini.

Shamsul Nizam berkata anggota penguat kuasa KPDNHEP turut menjalankan pemeriksaan harian di setiap peringkat rantaian bekalan di bawah Op Anti-Sorok dan Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM).

Beliau berkata ia bagi memastikan bekalan stabil selain membanteras isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan dan keperluan harian di pasaran.

Tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan boleh didenda tidak melebihi RM1juta jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala bagi syarikat boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan RM5 juta bagi kesalahan seterusnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi aplikasi WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000; Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my; talian 1-800-886-800 ; e-mel [email protected] dan Ez ADU KPDNHEP






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list