|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bayancontoh1_1656150207.jpg)
MANSOR dan isterinya, Fauziah menunjukkan plak anugerah Ibu Bapa Contoh 2021 dan sijil penghargaan yang diterima mereka pada Mesyuarat PIBG ke-63 SK Seri Permai, Bayan Baru. FOTO Ihsan SK Seri Permai
Bayan Lepas: "Saya terus sujud apabila apabila cikgu beritahu anak dapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Terasa segala pengorbanan dengan gaji cukup-cukup makan digunakan untuk kelas tambahan dan tadika swasta sejak mereka kecil terasa berbaloi," kata Pengawal Trafik, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Mansor Zakaria, 54, ketika menerima Anugerah Ibu Bapa Contoh 2021 di sini, hari ini.
Menurutnya, dia dan isteri, Fauziah Shuib, 53, tidak menyangka diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut dan turut berkongsi pengalaman mendidik dua anak yang berusia 15 dan 18 tahun yang kini adalah pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam dekat sini.
"Gaji saya hanya RM1,500 sebulan dan isteri suri rumah tetapi kami mengutamakan pelajaran anak-anak. Kami tidak pernah bawa mereka berjalan-jalan atau makan di luar kerana mahu berjimat.
"Bagi saya, duit yang ada biarlah digunakan semata-mata hendak bagi anak belajar sampai pandai serta jadi orang berjaya dan ini kali pertama kami terima anugerah sebegini dan berasa sangat terharu," katanya.
Sementara itu, Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah berkata, pihaknya menghargai kesungguhan dan kecekapan Mansor dalam melaksanakan tugas mengawal laluan trafik bagi dua sesi persekolahan di sekolah tersebut sejak enam tahun lalu.
Beliau menyifatkan Mansor bagaikan hero tidak didendang dengan kegigihannya berusaha memberi terbaik untuk masa depan anak-anak diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan ibu bapa di sekolah tersebut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... demi-pelajaran-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|