CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15518|Reply: 33

10 Kematian Tragis Selebriti Antarabangsa

[Copy link]
Post time 22-9-2010 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Heath Ledger, ditemui tidak sedarkan diri di atas katilnya
didalam sebuah pangsapuri pada 22 Januari 2008.
Brittany Murphy, meninggal dunia pada 20 Disember 2009 akibat oleh pneumonia.
Michael Jackson, meninggal dunia pada 25 Jun 2009. Punca kematian adalah disebabkan
oleh pengambilan ubatan dan dadah yang berlebihan.
Begitu banyak kita dengar berita mengenai kematian mengejut selebriti-selebriti Hollywood pada tahun-tahun lepas dan antaranya ialah Heath Ledger, Brittany Murphy, raja pop Michael Jackson dan banyak lagi. Pada hujung minggu ini, MisS SaKurA ingin bawakan pada anda carta 10 kematian tragis Selebriti Antarabangsa tidak kiralah penyanyi, model, pelakon dan sebagainya janji nama diorang ini selebriti. Mungkin sebahagian daripada mereka ini korang dah tahu bagaimana tentang kematian mereka tetapi khas untuk orang yang tidak tahu, jom kita lihat dan renung-renungkan dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku terhadap mereka.



10. Ruslana Korshunova (2 Julai 1987 - 28 Jun 2008)

Siapakah beliau?
Ruslana Korshunova adalah seorang supermodel yang berasal dari Kazakhtan. Pernah menjadi model untuk Vogue, Vera Wang dan Nina Ricci.

Cara Kematian?
Pada 28 Jun 2008, Korshunova telah terjatuh dari tingkat sembilan balkoninya, selepas menonton filem "Ghost" bersama bekas kekasihnya di Manhattan. Teman rapat menyatakan yang beliau adalah seorang gadis yang periang dan tidak pernah mengalami kemurungan. Pihak polis melaporkan ini adalah kes bunuh diri memandangkan tiada saksi di tempat kejadian. Sesuatu yang pelik telah berlaku semasa kematian beliau, iaitu rambut yang menjadi trademarknya kelihatan agak pendek, nampak seperti telah dipotong dengan pantas.



9. Mary Kay Bergman (5 Jun 1961 - 11 November 1999)

Siapakah Beliau?
Ramai yang kurang mengenali siapakah Bergman. Kepada peminat kartun dewasa seperti "South Park", beliaulah yang bertanggungjawab untuk menyumbang suara untuk watak Ms. Cartman dan Wendy. Beliau juga menyumbang suara sebagai Timmy Turner didalam kartun Disney "The Fairly Oddparents".

Cara Kematian?
Tiada siapa yang tahu Bergman mengalami kemurungan tahap kronik setelah bertahun lamanya. Bergman dikatakan telah menembak di kepalanya dan beliau dijumpai 1 jam 20 minit selepas kejadian tersebut oleh suami dan rakan-rakannya. 2 nota bunuh diri telah ditemui di tempat kejadian.



8. Ryan Jenkins (8 Februari 1977 - 23 Ogos 2009)

Siapakah Beliau?
Ryan Jenkins adalah seorang selebriti yang lahir dari realiti televisyen. Berasal dari Canada, beliau adalah bintang dari siri televisyen "Megan Wants a Millionaire" dan juga membintangi drama bersiri "I Love Money".

Cara Kematian?
Jenkins menggantung dirinya menggunakan tali pinggang didalam sebuah bilik motel di Canada. Beliau dikatakan telah membunuh diri lima hari selepas kekasihnya iaitu Jasmine Fiore (gambar) dibunuh dengan kejam dua hari selepas mereka berkahwin selepas bertemu di sebuah kasino di Las Vegas.


7. Paula Goodspeed (1971 - 2008)

Siapakah Beliau?
Beliau pernah menghadiri ujibakat American Idol dan dikatakan mempunyai rupa paras tak tumpah seperti Paula Abdul. Beliau amat meminati Paula Abdul dan menghadiri ujibakat untuk bertemu dengan idolanya adalah sesuatu yang diharap oleh beliau dan ingin menjadi popular. Akan tetapi beliau tidak terpilih dan berasa amat hampa.

Cara Kematian?
Disebabkan terlalu meminati Paula Abdul, Goodspeed telah dijumpai mati di halaman rumah Paula Abdul kerana pengambilan pil preskripsi yang berlebihan.



6. Brynn Hartman (11 April 1958 - 22 Mei 1998)

Siapakah Beliau?
Beliau adalah isteri ketiga kepada seorang pelakon dan pelawak terkenal Phil Hartman. Beliau adalah seorang bekas model dan mempunyai masalah didalam pengambilan dadah dan alkohol sepanjang perkahwinan mereka.

Cara Kematian?
Beliau telah menembak dikepalanya selepas beliau dikatakan bertengkar dengan suaminya mengenai masalah pengambilan dadah olehnya.



5. Elliott Smith (6 Ogos 1969 - 21 Oktober 2003)

Siapakah Beliau?
Smith adalah seorang yang terlibat didalam runut bunyi bagi filem "Good Will Hunting" dan telah memenangi beberapa anugerah Academy Award untuk lagunya yang berjudul "Miss Misery".

Cara Kematian?
Smith dijumpai mati di dalam ruang dapur dengan sebilah pisau tertusuk di dadanya selepas beliau dikatakan bertengkar dengan kekasihnya pada ketika itu.



4. Jonathan Brandis (13 April 1976 - 12 November 2003)

Siapakah Beliau?
Brandis telah memulakan kariernya seawal umur 5 tahun. Beliau telah membintangi filem "The Neverending Story II: The Next Chapter" dan "Ladybugs". Selain dari itu, beliau juga membintangi rancangan televisyen berjudul "SeaQuest", yang dihasilkan oleh Stephen Spielberg.

Cara Kematian?
Jonathan Brandis ditemui telah menggantung dirinya pada petang 11 November 2003 dan meninggal dunia pada keesokan harinya di hospital.



3. Andrew Koenig (17 Ogos 1968 - Februari 2010)

Siapakah Beliau?
Koenig boleh dilihat didalam sitkom popular "Growing Pains" dengan membawakan watak sebagai 'Boner'.

Cara Kematian?
Beliau telah ditemui menggantung dirinya di Vancouver selepas menghadiri sebuah acara Olympic di Kanada.



2. Dana Plato (7 November 1963 - 8 Mei 1999)

Siapakah Beliau?
Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab membawakan watak sebagai 'Kimberley' didalam drama bersiri "Diff'rent Strokes". Plato telah digugurkan dari drama bersiri tersebut kerana kehamilan diluar jangkaannya. Disebabkan kecewa, beliau telah terlibat didalam beberapa kes dari zaman silamnya, termasuklah pernah ditangkap kerana melakukan sebuah rompakan pada tahun 1991. Beliau juga pernah membuat penampilan didalam majalah "Playboy" dengan harapan untuk menaikkan namanya kembali.

Cara Kematian?
Plato ditemui mati didalam kenderaannya di luar rumah ibu kepada tunangnya. Punca kematian adalah kerana menelan pil berlebihan.



1. Peg Entwistle (5 Februari 1908 - 16 September 1932)

Siapakah Beliau?
Walaupun Entwistle adalah seorang selebriti yang paling tua di dalam carta ini tetapi berita mengenai kematiannya agak menarik untuk menjadi iktibar bagi semua. Beliau merupakan seorang pelakon Broadway dan pernah membintangi filem "Thirteen Women".

Cara Kematian?
Entwistle dikatakan telah memanjat simbol Hollywood yang popular itu, lantas terjun ke bawah. Peliknya, sehari selepas kejadian tersebut, sebuah surat telah dihantar ke Entwistle untuk menawarkan sebuah watak sebagai seorang perempuan yang ingin membunuh diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 07:04 PM | Show all posts
Ada sebahagian pelakon aku tak pernah tgk lakonan atau nyanyian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:43 PM | Show all posts
kenal 3 orang kat atas tuh je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 08:46 PM | Show all posts
Reply 3# cik.panda


    Siapa? jgn bagitau Erra,Siti dan Ziana okey..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:47 PM | Show all posts
Reply  cik.panda


    Siapa? jgn bagitau Erra,Siti dan Ziana okey..
perang_sivil Post at 22-9-2010 20:46


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 08:49 PM | Show all posts
Reply 5# cik.panda


     PUCAT KE?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2010 08:03 PM | Show all posts
byk lagi sbnrnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:47 AM | Show all posts
Heath Ledger..paling dikenali...
bru nk mint  dgn lakonn dia da kiok..
adoiyay~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 04:53 PM | Show all posts
Begitu banyak kita dengar berita mengenai kematian mengejut selebriti-selebriti Hollywood pada tahun ...
perang_sivil Post at 22-9-2010 18:25



    x nampak gambar la
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:55 PM | Show all posts
minat giler dgn Jonathan Brandis dulu...
xsangka plakdia dak kiok....
patut la dah lame gile xdgn cite pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 04:05 PM | Show all posts
kurt cobain..kematian nya pon tragis gak kan..suicide..
tapi siasatan forensik nampak mcm dibunuh ja..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 04:15 PM | Show all posts
suke tgk heath ledger dlm batman..psiko sunggoh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 03:30 PM | Show all posts
river phoenix pun tak termasuk kat atas tu. suka masa dia jadi indiana jones masa muda.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 10:40 PM | Show all posts
Jonathan Brandis dah mati???
aku baru tahu..
satu lagi aku paling terkejut Stephen Gately Boyzone mati mengejut
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 03:41 PM | Show all posts
apa kata kalau boleh serta kan gambar..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 07:24 AM | Show all posts
Sayang sekali Heath Ledger mati begitu....... baru saja career mula menaik tangga, bye-bye sudah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:37 AM | Show all posts
dulu minat ngan jonanthan brandis.....x sangka lak dh kojol....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:21 PM | Show all posts
Bruce Lee & Brandon Lee x masuk list plak??
byk lagi selebriti yg mati tragis rupa2 nyer
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 09:03 PM | Show all posts
Marilyn Monroe,Jayne Mansfield,Lolo Ferrari dgn Anna Nicole tadak dlm list kaa???
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 07:40 PM | Show all posts
satu lagi aku paling terkejut Stephen Gately Boyzone mati mengejut
mnaa Post at 10-2-2011 22:40

dah setahun noxx
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078506 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list