|
AALIYAH berjaya memecahkan rekod Asia dengan kelebihan 400 mata pada kejohanan Fluid Summer Showdown di Lake Grew Polk City, Florida pada Sabtu lalu.
RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menerima tonik terbaik sebelum menuju ke World Games 2022 Birmingham, Alabama bulan depan selepas berjaya pecah rekod Asia miliknya sendiri di Orlando, Florida.
Atlet berusia 18 tahun tersebut yang membuat kemunculan pertama pada kejohanan Fluid Summer Showdown pada Sabtu lalu, berjaya melakukan persembahan terbaik, sekali gus mengutip 8080 mata keseluruhan dan perbaharui rekod Asia yang dilakukan sewaktu 2019 di Kejohanan Asia di Bangkok.
Sebelum ini, Aaliyah meraih 7,680 mata dan meningkat sebanyak 400 mata menerusi disiplin high-speed serta menerusi disiplin super-teknikal.
“Saya sangat gembira kerana berjaya memecahkan rekod Asia dengan kelebihan 400 mata. Saya sangat teruja dan gembira kerana kerana dapat berlatih di bawah jurulatih tetap di luar negara iaitu Larry Gisler dari Chile.
“Saya lama tidak bertemu dengan jurulatih saya sejak dua tahun kerana pandemik Covid-19. Tidak dinafikan, juara dunia, Cory Pickos turut membantu saya perbaiki teknik dengan lebih baik, sekali gus membantu prestasi saya ke arah lebih cemerlang,” katanya kepada Kosmo! semalam.
World Games 2022 Birmingham akan diadakan dari 7 hingga 17 Julai dan Aaliyah akan mengambil bahagian dalam acara tricks terbuka wanita.
World Games 2022 tersebut akan menghimpunkan 3,600 atlet dari lebih 100 negara untuk menyertai 34 acara sukan seperti karate, kickboxing, Muay Thai, wushu, squash, angkat berat, memanah dan banyak lagi.
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... nik-ke-world-games/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|