View: 647|Reply: 1
|
[Kedah]
Tiga polis dijangka didakwa seludup 119 etnik Rohingya
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm207wan_1655694072.jpg)
Wan Hassan Wan Ahmad
Alor Setar: Tiga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan lima lelaki tempatan dijangka dihadapkan di mahkamah, hari ini, bagi menghadapi pertuduhan menyeludup 119 pendatang tanpa izin (Pati) warga Myanmar, bulan lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 51 tahun ditahan secara berasingan dalam dua siri tangkapan.
Beliau berkata, dalam kejadian pada 24 Mei lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan ditahan di perairan Kuala Kedah bersama empat warga tempatan disyaki tekong bersama 119 warga Myanmar.
"Susulan kejadian itu, empat lagi warga tempatan berjaya dikesan dan ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran ini.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan warga tempatan adalah seramai lapan orang iaitu tiga daripadanya adalah anggota polis yang bertugas di IPK Kedah.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Hassan berkata, kes itu dirujuk kepada pengarah pendakwaan Kedah dan seterusnya ke Pejabat Peguam Negara dan kebenaran pertuduhan sudah diperolehi terhadap ketiga-tiga penjawat awam itu mengikut Seksyen 26B (d) Atipsom 2007 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Tiga warga tempatan lain dituduh mengikut Seksyen 26A Atipsom 2007 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan penjara selama 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
"Dua lagi suspek diletakkan di bawah bon Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org polis juga duri dalam daging |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|