CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Kedah] Sukan lasak mampu rancakkan ekonomi pelancongan Langkawi

[Copy link]
Post time 19-6-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode

Nasaruddin (kanan sekali) melepaskan sebahagian 250 peserta Kejohanan Langkawi Geopark Enduro Challenge (KLGEC) 2022 di Kampung Dato' Bakar, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Penganjuran lebih banyak sukan lasak ekstrem di pulau ini diyakini dapat membantu merancakkan lagi ekonomi setempat terutama dalam sektor pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata ia susulan sukan lasak ekstrem kini menjadi pilihan anak muda untuk mengadakan aktiviti riadah.

"Buktinya, seramai 250 peserta menyertai Kejohanan Langkawi Geopark Enduro Challenge (KLGEC) 2022 hari ini, dan lebih 95 peratus pesertanya datang dari luar termasuk 18 peserta antarabangsa.

"Peserta ini membawa bersama keluarga, pasukan dan jurulatih dengan anggaran keseluruhan 1,500 orang," katanya pada sidang media selepas merasmikan KLGEC 2022 di Kampung Dato' Bakar di sini, hari ini.


Nasaruddin berkata, LADA menganggarkan kejohanan dua hari berakhir esok dianjurkan Kelab Basikal 99 Kuah itu memberi pulangan RM650,000 kepada sektor pelancongan tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Basikal 99 Kuah, Raziman Ishak berkata, acara itu sebahagian empat siri Mountainbiker Enduro Championship (MEC) 2022 yang berlangsung di seluruh negara.

"Langkawi menjadi tuan rumah bagi siri kedua, di mana siri pertama telah diadakan di Lumut, Perak pada Mac lalu.

"Siri seterusnya akan diadakan di Mersing, Johor pada September dan diikuti Jitra, Kedah pada Disember ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... elancongan-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049937 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list