CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Kedah] Bekalan elektrik di 83 premis judi dipotong

[Copy link]
Post time 16-6-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Operasi pemotongan bekalan elektrik di premis disyaki menjalankan kegiatan perjudian sekitar daerah Kulim. - Foto PDRM

KULIM - 83 premis perjudian di sekitar Daerah Kulim dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik bermula Januari hingga 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, operasi digerakkan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyasarkan premis disyaki menjalankan kegiatan perjudian.

Menurutnya, tindakan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Dalam serbuan terbaharu pada Rabu, 17 premis di sekitar Kulim turut dikenakan tindakan sama iaitu pemotongan bekalan elektrik selaras Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memerangi kegiatan perjudian sekitar daerah.

Polis turut memohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mencapai matlamat berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintenden Asnizaf di talian 013-4358399," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... remis-judi-dipotong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list