CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Pulau Pinang] 13 ditahan libat sindiket pinjaman tidak wujud

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:27 PM | Show all posts |Read mode
13 ditahan libat sindiket pinjaman tidak wujud
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 15 Jun 2022




Polis melakukan serbuan serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada Rabu.


BUKIT MERTAJAM - Seramai 13 individu dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman tidak wujud ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Perda di sini, pada Rabu.


Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) diketuai Deputi Superintendan Raja Munawir Shah Raja Harun jam 2 petang.


Timbalan Ketua Polis Daerah SPT, Superintendan Mohd Nor Daud berkata, pada mulanya pihaknya menerima maklumat terdapat kegiatan sindiket judi dalam talian di lokasi tersebut, namun sebaik serbuan dilakukan, pihaknya mendapati kesemua 13 suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan itu merupakan sindiket pinjaman tidak wujud.


“Sasatan awal mendapati sindiket itu bergerak aktif sejak tiga minggu lalu dengan mengutip yuran pemprosesan daripada mangsa yang ditawarkan pinjaman yang sebenarnya tidak wujud.


“Siasatan juga mendapati sindiket sudah mengaut untung ratusan ribu ringgit sejak beroperasi," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Rabu.


Mohd Nor berkata, pihaknya turut merampas 23 buah telefon bimbit, tiga unit komputer riba yang dipercayai digunakan untuk memperdayakan mangsa.


Selain itu jelasnya, polis turut dirampas sembilan buku catitan yang mengandungi nombor telefon mangsa serta skrip yang digunakan mereka yang menyamar sebagai pegawai perhubungan syarikat.


"Siasatan mendapati modus operandi sindiket ini dengan mengiklankan pinjaman mereka menerusi media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp.


“Selepas dihubungi peminjam, sindiket akan memperdayakan mereka dengan meminta bayar yuran pemprosesan," katanya.


Beliau berkata, kesemua suspek berusia di antara 19 hingga 30 tahun itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan mengenal pasti dalang utama sindiket terbabit.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 427 Kanun Keseksaan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... injaman-tidak-wujud
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037502 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list