CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Kedah] Warga Indonesia terjatuh kolam dikhuatiri lemas

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Seorang lelaki Indonesia dikhuatiri lemas selepas dia terjatuh ke dalam kolam di ladang sawit berdekatan Bedong, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 pagi itu, anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah melakukan serbuan Op Sapu selepas menerima aduan berhubung kehadiran ramai pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan terbabit.

Menurut sumber, ketika serbuan, seorang PATI warga Indonesia melarikan diri dan terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumah pekerja di ladang berkenaan.

"Lelaki berkenaan dipujuk supaya naik dan menyerah diri, namun dia enggan berbuat demikian.

"Selepas menunggu hampir 45 minit, lelaki berkenaan didapati hilang dari pandangan," katanya.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat yang dihubungi kemudian bergegas ke lokasi kira-kira jam 3 pagi bagi membantu mencari mangsa.

"Setakat ini, usaha mencari mangsa masih giat dijalankan untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-dikhuatiri-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042104 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list