Seorang lelaki telah dapat menjejaki ibu kandungnya di negara lain iaitu Chile melalui ujian DNA. Beliau merupakan seorang anak angkat sepasang suami isteri di Amerika Syarikat.
Apa yang memeranjatkan adalah wanita tersebut apabila dihubungi memberitahu bahawa bayinya yang lahir tidak cukup bulan itu telah mati di hospital. Namun bukti DNA sememangnya tidak dapat dinafikan dan lelaki tersebut telah mengambil keputusan untuk bertemu dengan ibu kandungnya buat pertama kali di dalam hidupnya.
Ini secara tidak langsung telah membongkar sebuah konspirasi rahsia peringkat tertinggi di Chile di mana pada suatu ketika dahulu ramai para ibu yang baru bersalin ditipu oleh pihak hospital yang mendakwa bayi mereka telah meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.
Antara motif sindiket yang dinaungi oleh kerajaan itu adalah samada untuk meraih wang lumayan dari negara lain ataupun bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan mengurangkan bilangan anak bagi sesebuah keluarga.