Fasa_fasa ini dicopydari Encik Pelaris kita aka Otai http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=1652
ADAPUN dikalangan jurufoto ataujurugambar bukan jurukamera, masih lagi keliru tentang pembahagian fasa-fasajurufoto. Izinkanlah saya menerang sedikit pemahaman berkenaan
" The Life Cycle Of A Photographer "
Ianya terbahagi kepada lima fasa berbeza.
Fasa 1 - The Beginner
Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawanyang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di managambar-gambar di situ sangat dikaguminya.
Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawankerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya.Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkanoleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.
Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkanteknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terusmengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yangditerangkan.
Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama.Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.
Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hatimenjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".
Fasa 2 - The Amateur
Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatangbaru dan melangkah ke fasa amatur.
Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pulake kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dariwide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yangdiceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahumemiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.
Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modalsahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segansilu bertanya apa yang tidak faham.
Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan darimode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahamandiperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta"mulutnya sentiasa tersenyum"
Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional
Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpungdalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, diasudah berada ditahap "separuh professional".
Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malahsanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belummiliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. Malah"Professional Gears" seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos MarkII atau seangkatan mampu dimiliki.
Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual,berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilihperalatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakanbarang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belumada wide angle berwarna putih untuk pro.
Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudahmenguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguranditerima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hatikepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yangdiidam-idamkan.
Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolongpengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model kesatu model.
Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untukberkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandinganfotografi seterusnya.
Fasa 4 - Professional / Small Master
Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir keFasa 5.
Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si diaketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dansemuanya "berstatus pro".
Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka gunabarang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggidiri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.
Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapanhakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakamgambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itulebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam olehorang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golonganProfessional.
Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 YearsAnnivesary" atau apa-apa "limited-edition".
Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barangsendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orangsurat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelarprofessional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinyawalaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlumemiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.
Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapimengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajarorang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasamengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, inipernah terjadi.
Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lightingdan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorangyang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemuorang itu.
Fasa 5 - Real Master / Top Professional
Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takukSemi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap palingtinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan,mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain,merendah diri termasuk mesra kawan.
Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu"Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasaldari Sepanyol bermaksud "Raja".
Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidakdifahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilaisesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atauteguran.
Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum inikepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukankepada muridnya.
"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kalibiarkan kamera kawal awak!"
"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak bolehmerakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di ataskerja-kerja awak"
"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apayang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif danuntuk menilainya, awak perlu objektif".
Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlasdari Real Master/Top Professional kepada muridnya.
Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betulberstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangangfotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengansikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.
Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidakmengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atastidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayalsejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik?
Dimana Tahap Anda.....Jawapan Itu Ada Pada Anda.
|