CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

SIC yakin 100 peratus peminat bakal ‘hangatkan’ Sepang

[Copy link]
Post time 5-6-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode

GRAND Prix Malaysia yang kembali ke Sepang, Oktober ini dijangka menarik kehadiran ramai penggemar sukan motosikal kerana sudah dua tahun tidak dianjurkan.


PUTRAJAYA: Selepas dua tahun tidak menganjurkan kejuaraan motosikal dunia akibat pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjangkakan 100 peratus peminat akan menyaksikan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022, Oktober ini bagi ‘melepas rindu’.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, dengan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang digariskan kerajaan, kehadiran penonton ke litar bagi menyaksikan perlumbaan sepatutnya mampu mencapai 100 peratus.

“Dengan penjarakkan sosial dan SOP yang sedia ada, kami harap tak ada perubahan menjelang Oktober nanti.

“Saya berharap semua yang hadir dapat kembali ke litar untuk kita punya kejuaraan antarabangsa pertama selepas dua tahun tak ada di Malaysia,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mini GP Malaysia musim ketiga di sini, kelmarin.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.


AZHAN Shafriman Hanif

Menurut Shafriman, jualan tiket GP Malaysia juga telah bermula dan setakat ini, 10 hingga 20 peratus tiket berjaya dijual.

Pihaknya berharap penjualan tiket akan dapat bergerak lebih cepat selepas ini dengan jangkaan kehadiran penonton pada GP Malaysia 2019 dapat diulang.

Mengulas mengenai pera­ncangan pengisian SIC menjelang GP Malaysia, Shafriman memberitahu, buat masa ini, pihaknya belum dapat berkongsi aktiviti yang bakal dianjurkan dan berjanji akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Kita tak banyak masa sampai GP Malaysia pada Oktober nanti, kami sebenarnya telah berbincang untuk menyediakan beberapa tarikan yang menarik yang akan diadakan pada hari perlumbaan hujung minggu.

“Buat masa ini kita belum boleh kongsi apakah perancangan kita itu, dalam masa terdekat kita akan kongsi apa tarikan atau kelainan yang akan menarik semua peminat MotoGP ke litar Sepang nanti,” ujarnya.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... l-hangatkan-sepang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.510639 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list