Pempengaruh media sosial, Imran Bard yang mulai dikenali selepas beberapa video lawaknya tular sejak tahun lalu tiba-tiba turut terpalit dengan isu negatif gara-gara kakaknya menulis komen yang mengguris perasaan seorang wanita di aplikasi TikTok.
Menerusi akaun TikTok Attyra Saari, berdasarkan perkongsiannya, seorang wanita dengan nama Bonniebard (yang dipercayai kakak kepada Imran) telah menulis komen kurang manis mengenai anak perempuan sulungnya.
Attyra terasa hati dengan komen berkenaan yang mengatakan personaliti anak sulungnya, Amanda yang semakin terserlah sikap 'kekwat' itu.
Komen itu ditulis mungkin sekadar usikan nakal apatah lagi kanak-kanak itu pernah viral kerana memiliki wajah cantik termasuklah pernah memenangi kategori Baju Raya Tercantik selama enam tahun berturut-turut di sekolahnya.
Imran yang menyedari situasi tegang itu bertindak pantas dengan menghantar mesej peribadi kepada 'founder' tersebut tampil mewakili kakaknya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tersebut.
Attyra memuji tindakan Imran dan menyifatkan jejaka itu mempunyai rasa tanggungjawab dan sangat merendah diri. Walaupun kesalahan itu bukan dilakukannya namun Imran mengambil inisiatif untuk meminta maaf.
Usahawan itu juga memberikan peringatan kepada kakak Imran agar berhati-hati dalam setiap tindakannya agar tidak membabtikan adiknya apatah lagi Imran adalah seorang 'influencer' yang dikenali ramai.
Menyedari komen yang ditulis mengguris perasaan, kakak kepada Imran menerusi akaun TikTok Soraya Badaruddin turut memuat naik tangkap layar permohonan maaf yang dihantar menerusi Whatsapp kepada usahawan terbabit. - CARI
|