CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Oliveira enggan kembali ke Tech3

[Copy link]
Post time 2-6-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

OLIVEIRA mengakui tidak bersedia untuk kembali ke Tech3 dan mungkin membuat keputusan meninggalkan KTM musim depan. – AFP



LONDON – Pelumba Portugal, Miguel Oliveira mengakui tidak berminat untuk ‘turun pangkat’ dengan menyertai pasukan satelit, Tech3 selepas diarahkan kembali ke pasukan lamanya itu pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

KTM dikatakan telah melakukan pertemuan untuk membawa masuk Alex Rins selepas pasukan Suzuki tidak akan meneruskan perancangan mereka untuk beraksi dalam saingan MotoGP musim depan.

Selain Rins, Jack Miller (Ducati) dan Pol Espargaro (Honda) juga dikaitkan untuk menyertai pasukan dari Austria tersebut pada 2023 nanti.

Namun, Oliveira menegaskan kembali ke Tech3 bukan impiannya dan terbuka untuk me­nyertai pasukan lain pada musim depan.

“Benar, terdapat perbinca­ngan pada minggu lalu dan pasukan ini telah menawarkan pilihan tersebut kepada saya iaitu kembali ke Tech3. Saya akan mempertimbangkannya, tetapi ia bukan impian.

“Saya mahu bersama pasukan utama. Sudah pasti saya mengambil kira pilihan lain terutama mengenai perjalanan karier saya musim depan,” katanya.

Antara pilihan yang ada buat Oliveira adalah mencuba nasib dengan menyertai pasukan LCR Honda.

LCR Honda dilihat dalam tekanan kerana kedua-dua pelumba iaitu Takaaki Nakagami dan Alex Marquez dilihat masih bergelut dengan prestasi ma­sing-masing selepas masih gagal mencetak sebarang podium musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... n-kembali-ke-tech3/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.155143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list