View: 698|Reply: 0
|
Marquez terlepas saingan MotoGP musim ini
[Copy link]
|
|
MARQUEZ terpaksa menjalani pembedahan bahu menyebabkan dia perlu berehat panjang dan mengakhiri musim ini dengan lebih awal. – AFP
SAN PIERO – Malang terus menimpa pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez apabila terpaksa melupakan baki saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini kerana perlu menjalani pembedahan.
Justeru, Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello akan menjadi perlumbaan terakhirnya musim ini sebelum berangkat ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani pembedahan bahu kanannya buat kali keempat.
Dia yang merupakan juara dunia MotoGP enam kali berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa selain sudah memikirkan perkara tersebut sejak Oktober tahun lalu.
“Sejak kembali ke litar selepas pembedahan sebelum ini, saya rasa kemampuan agak terhad, tetapi saya tidak pernah mengaku kalah. Saya hanya cuba untuk berikan aksi terbaik serta mengikut saranan doktor.
“Bagaimanapun, saya sedar saya langsung tidak dapat menikmati saingan musim ini kerana lebih banyak menanggung sakit. Keadaan ini menyebabkan bahu kiri mula terkesan kerana terlalu bergantung kepadanya,” kata Marquez.
Tambah pelumba Sepanyol itu lagi, dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan keempat selepas mendapati prestasinya tidak menunjukkan sebarang peningkatan pada musim ini.
“Sebenarnya doktor beritahu tulang saya belum benar-benar pulih dan ia sangat berisiko. Saya bekerja keras sepanjang empat bulan ini, namun tidak ada sebarang peningkatan,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... n-motogp-musim-ini/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|