Personaliti media sosial dan YouTuber, Azfar Heri meluahkan kekesalannya apabila sering berdepan dengan komen yang menegur menyuruh dirinya agar berubah untuk menjadi lelaki sejati.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Azfar Herisyam itu menzahirkan perasaannya menerusi Twitter serta memuat naik tangkap layar komen daripada individu berkenaan.
Jejaka berusia 24 tahun itu berkata, adakalanya dia ingin membalas semula komen seperti ini dengan kata makian namun menyedari tindakan itu akan mencetuskan 'perang' dan sama sekali tidak berbaloi.
"Kadang-kadang penat dapat komen-komen macam ni. Ikutkan, hari-hari mesti ada.
"Rasa macam nak maki tapi tak berbaloi pun cuma tu la, rasa kesian dengan pemikiran orang macam ni yang masih tak berkembang.
"Entah sejati macam mana ntah dia maksudkan. Mungkin dia nak aku lawan futsal kot," coret Azfar.
Mungkin kerana penampilan Azfar yang berambut panjang itu menyebabkan ada segelintir pihak yang beranggapan bahawa penampilannya tidak memenuhi ciri lelaki sejati berdasarkan piawaian mereka.
Walaupun terasa hati dengan komen sedemikian, Azfar turut dihujani komen positif dari kalangan peminatnya yang menasihatinya agar mengabaikan sahaja komen yang menyinggung perasaannya.
Zaman sekarang ni, semakin susah nak kenal pasti lelaki tu sejati tak sejati. Risau! -CARI
|