CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Kedah] Punca kematian pelajar UUM belum dipastikan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Mendiang R Vinosiny

KUBANG PASU: Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian seorang pelajar perempuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kematian pelajar berusia 21 tahun itu namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan namun pihaknya masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dalam kenyataannya berkata, pihak universiti masih menunggu laporan lanjut berhubung kematian pelajar perempuan terbabit.


Unit Komunikasi Korporat UUM dalam kenyataan itu berkata, pelajar terbabit, R Vinosiny adalah pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat).

Berikutan itu, pihak universiti melahirkan rasa dukacita dengan pemergian pelajar terbabit namun punca kematiannya masih belum diketahui setakat ini.

"Sehingga kini pihak universiti masih menunggu laporan penuh bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

"Namun, sebagai tanda keprihatinan, pihak UUM akan membantu meringankan beban keluarga mendiang dengan menyalurkan bantuan bersesuaian

"Naib Canselor dan seluruh UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang," menurut kenyataan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... um-belum-dipastikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037086 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list