CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu, kelindan lori sayur maut kemalangan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu, kelindan lori sayur maut kemalangan
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 24 Mei 2022




Keadaan lori sayur yang merempuh treler di atas Jambatan Pulau Pinang pada pagi Selasa.


GEORGETOWN - Pemandu dan kelindan sebuah lori muatan sayur maut selepas kenderaannya itu melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala pulau di sini pada pagi Selasa.


Kejadian jam 5 pagi itu turut mengakibatkan badan pemandu terputus dua selepas kedua-dua mereka tersepit dalam lori berkenaan.


Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fazrol Maarof, 39, dan kelindannya, Muhammad Amirrudin Azizan,19.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak dan Perai dikerah ke lokasi.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati sebuah lori tiga tan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di atas jambatan itu susulan mengalami kerosakan.


“Akibat pelanggaran itu pemandu dan kelinda lori yang dipercayai dalam perjalanan menghantar serai ke bahagian pulau tersepit di tempat duduk masing-masing.


"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi, manakala pemandu trailer tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.16 pagi.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... yur-maut-kemalangan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list