CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Kedah] Tidak perlu import beras jika tanam padi lima kali

[Copy link]
Post time 24-5-2022 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Kulim: Malaysia berkemungkinan tidak lagi perlu mengimport beras sekiranya mampu memperkemaskan infrastruktur dan subsidi dalam industri penanaman padi negara.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagi mencapai sasaran itu, Kerajaan Persekutuan perlu berusaha membantu pesawah terutama di Kedah menanam padi lima kali dalam tempoh dua tahun.

Katanya, ia juga sebagai persediaan negara menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan dunia yang dijangka berlaku pada 2025 sehingga memberi kesan terhadap peningkatan harga makanan di semua peringkat.

"Saya dimaklumkan kalau padi dapat ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun, kita tak perlu import lagi beras. Beras import harganya mahal, jadi kita kena lengkapkan infrastruktur dan Kerajaan Persekutuan perlu sediakan subsidi padi kepada pesawah.

"Sekiranya mahu Kedah jamin bekalan makanan negara, Kerajaan Persekutuan perlu bantu sehingga padi dapat ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC) , di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sansui memaklumkan pembinaan semula Terusan Tengah di Pelubang, Jitra yang runtuh awal bulan lalu, hampir siap.

Katanya, pembaikan semula ban dan terusan membabitkan kos kira-kira RM2.5 juta itu sudah mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

"Ada kesukaran dalam kerja pemasangan cerucuk besi berikutan ia laluan air, namun pembaikan tetap perlu dilakukan kerana ia akan boleh menyebabkan pengeluaran hasil makanan negara terjejas," katanya yang memberitahu terusan itu penting untuk kawasan tanaman padi seluas 13,350 hektar yang diusahakan 40,000 pesawat.

Ban Terusan Tengah, Pelubang runtuh pada 9 Mei lalu sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada puluhan ribu penduduk antaranya di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena, selain menjejaskan musim tanaman padi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anam-padi-lima-kali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073275 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list