CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek perintis penyahgaraman air laut tangani krisis air masa depan

[Copy link]
Post time 23-5-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

MANSOR (tengah) menandatangani plak sempena perasmian Majlis Pecah Tanah Loji Penyahgaraman. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Projek teknologi desalinasi (penyahgaraman) air laut seperti dilaksanakan di beberapa negara maju mampu menjadi alternatif sumber air negara pada masa depan sekali gus menangani krisis bekalan air bersih dalam jangka masa panjang.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Mansor Othman berkata selain memenuhi kegunaan isi rumah, teknologi itu berpotensi menjadi keperluan penting kepada negeri berasaskan perindustrian seperti Pulau Pinang, Selangor, Johor selain beberapa kawasan industri di Pahang dan Kedah.

"Ia turut berpotensi menjadi keperluan mendesak pada masa depan terutamanya jika terdapat peningkatan kemasukan air laut ke dalam sungai yang berlaku akibat perubahan iklim dan faktor-faktor lain.

"Setakat ini tiada lagi kajian menyeluruh berhubung peningkatan kemasukan air laut ke dalam sungai namun perkara ini dikhuatiri menambahkan lagi krisis air pada masa depan justeru projek rintis yang dilaksanakan hari ini akan menjadi cukup mustahak pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Loji Penyahgaraman di Tanjung City Marina, Pangkalan Weld di sini, hari ini.

Terdahulu, pemaju projek pembangunan semula Tanjung City Marina, MPDT Capital Berhad (MPDT) memeterai perjanjian kerjasama dengan Spektra Watertech Sdn Bhd untuk memulakan projek loji desalinasi di kawasan yang bakal dibangunkan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MPDT, Datuk Dr Nik Zamri Majid berkata projek membangunkan Tanjung City Marina sebagai destinasi pelancongan makanan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2023 dengan teknologi desalinasi itu dijangka dapat membekalkan 1 juta liter air sehari secara percuma kepada penyewa premis.

"Projek ini membabitkan pembukaan 17 restoran serta sebuah fasiliti e-sukan dengan kita menjangka kawasan ini akan menjadi tarikan baharu pelancong di negeri ini.

"Ia turut berada berdekatan dengan lokasi kapal persiaran berlabuh yang dijangka membawa masuk sekitar 8,000 hingga 12,000 pelawat singgah ke bandar ini bermula Ogos ini," katanya.

Tahun lalu, MPDT memeterai Perjanjian Pajakan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membabitkan gudang 5, 7 dan 8 serta bahagian darat Tanjung City Marina dengan peruntukan kos pelaburan keseluruhan mencecah RM120 juta.

Nik Zamri berkata, lanjutan daripada projek itu, pihaknya akan membentangkan cadangan pembinaan fasiliti desalinasi kedua berdekatan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah membabitkan peruntukan RM1 bilion kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat.

"Buat masa ini pihak kami telah dipanggil untuk membuat pembentangan mengenai cadangan ini pada 26 Mei ini dan kami sasar untuk membekalkan 250 juta liter sehari untuk keperluan industri," katanya.

Teknologi itu membabitkan proses osmosis terbalik yang akan memisahkan kandungan garam dengan air laut seterusnya menghasilkan air yang selamat diminum mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... isis-air-masa-depan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039775 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list