CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3850|Reply: 11

18sx | Faraj Tertutup....masaalah yang ramai wanita tidak tahu. Jangan dengar cakap kawan!

[Copy link]
Post time 22-5-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-5-2022 09:57 AM

Apakah itu penyakit Vaginismus? Mari ikuti temubual eksklusif bersama pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos untuk mengupas lebih lanjut mengenai penyakit ini.

Menurut Dr. Aishah, Vaginismus merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.

PRIMARY VAGINISMUS
Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Mengulas lanjut Dr. Aishah berkata, primary merupakan keadaan seseorang wanita yang tidak pernah melakukan hubungan kelamin walaupun sekali. Katanya, terdapat banyak sebab yang berlaku di dalam primary.

ANTARANYA SEPERTI BERIKUT:
Anxiety
Takut sakit
Otot mengeras
Sejarah silam

Anxiety terjadi apabila isteri takut melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawasanya ‘seks itu sakit’. Dr. Aishah menyatakan majoriti pesakit beliau datang disebabkan masalah anxiety dalam diri mereka.

Kesan anxiety, secara tidak langsung mendorong kepada tindak balas badan pesakit yang menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.

“Apabila dia takut, otot badan otot kaki dan otot penis akan mengeras. Ini adalah yang paling selalu terjadi sebab kenapa pesakit itu ada Vaginismus.” kata Dr. Aishah kepada pemberita Sirap Limau.

Mengungkap mengenai sejarah silam, Dr. Aishah menjelaskan menjadi mangsa cabul memungkinkan pesakit berasa sangat takut mendekati seks ekoran trauma yang dihadapi.

SECONDARY VAGINISMUS
Manakala, secondary ialah wanita yang pernah melakukan hubungan seks tetapi tiba-tiba pada satu waktu dia tidak mampu lakukannya.

ANTARA SEBABNYA ADALAH:
Anxiety
Bersalin
Pembedahan

“Biasanya lepas bersalin atau pembedahan dekat vagina, mungkin pesakit berasa takut sakit atau pun dia fobia. Time tu dia jadi anxiety dan dia takut untuk buat hubungan seks.” kata Dr. Aishah.

Beralih kepada persoalan bagaimana boleh timbulnya perasaan takut kepada wanita untuk melakukan seks, ini yang disampaikan oleh Dr. Aishah.

“Rata-rata pesakit yang datang ke klinik saya, daripada pengalaman saya, kaum hawa ni dia takut nak buat hubungan seks dia dapat Vaginismus…sebab dia dengar cakap kawan.

Kawan cakap seks itu sakit! Seks itu berdarah! Seks tu pedih! Maka dia pun takut sebab dia tak pernah lagi rasa sakit ni (seks) kan.” jelas beliau.

Ditanya mengenai perumpamaan atau gambaran yang sesuai tentang kesakitan seks, buat wanita yang tidak pernah melakukannya, ini jawapan Dr. Aishah.

“Sakit seks itu tidak sakit sayang. Cuba ambil jari dan cubit tangan. Ha sakit tak? Seks itu kurang sakit daripada cubit ni tau.” katanya.

PENYAKIT-PENYAKIT LAIN SELAIN VAGINISMUS
Tambahnya lagi, sebelum membuat rawatan Vaginismus pesakit akan ditanya terlebih dahulu mengenai penyakit lain yang juga boleh menyumbang kepada rasa ‘mati’ untuk melakukan seks.


JANGAN TERLALU BERKONGSI KISAH RANJANG KEPADA RAKAN BUJANG!
Pada masa yang sama, Dr. Aishah turut memberikan nasihat kepada masyarakat di luar sana jangan terlalu bercerita tentang kisah dalam kain anda. Menakutkan rakan-rakan bujang akan memberi kesan kepada emosi mereka sewaktu awal berkahwin nanti.

“Kawan-kawan yang dah kahwin dan seangkatan, jangan takutkan kawan anda yang akan berkahwin. Jangan cakap sakit, jangan! You kena bagi support.

“Mak bapak yang nak membesarkan anak perempuan tu. Ya, Dr. Aishah faham kita nak anak perempuan kita jadi baik. Jadi, bila kita nak memberitahu dia tentang pengetahuan seks, cakap yang betul.

“Dalam Islam kita tidak boleh buat hubungan seks sebelum bernikah. Cakap terus terang. Lepastu, kedua cakap dengan anak kita tak tahu pasangan kita sihat atau tidak. Nanti buat hubungan kelamin tanpa penjagaan boleh dapat penyakit kelamin.” ulas beliau lagi.

Dr. Aishah turut menekankan, jangan sesekali tanam dalam minda anak-anak dengan menakutkan mereka tentang keadaan dan kesakitan seks.

Tanpa sedar, ianya memberi kesan mendalam kepada emosi. Si anak membesar dengan perasaan takut dengan seks dan boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

80% PENDIRIAN PESAKIT UNTUK BERUBAH, 20% RAWATAN DOKTOR
Malah, Dr. Aishah menitipkan pesanan kepada penghidap penyakit Vaginismus. Di mana, 80% adalah keinginan pesakit untuk berubah dan selebihnya adalah rawatan daripada doktor.

Pesakit tidak perlu berasa segan dan takut untuk mendapatkan rawatan. Keluarlah mencari jawapan daripada pakar yang bertauliah. Anda mampu mengubahnya dan hidup bahagia bersama pasangan tercinta.

Sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 10:10 AM | Show all posts
doc ni glamer kat tiktok
tapi seram bila dia makeup lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:56 AM | Show all posts
NazRysha replied at 22-5-2022 10:10 AM
doc ni glamer kat tiktok
tapi seram bila dia makeup lebih2

cuba tepek gmbr sheols nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
JANGAN TERLALU BERKONGSI KISAH RANJANG KEPADA RAKAN BUJANG!
Pada masa yang sama, Dr. Aishah turut memberikan nasihat kepada masyarakat di luar sana jangan terlalu bercerita tentang kisah dalam kain anda. Menakutkan rakan-rakan bujang akan memberi kesan kepada emosi mereka sewaktu awal berkahwin nanti.


X pernah2 lagi seumur hidup aku berkongsi kisah dlm kain..kisah hubungan bersama suami sendiri dgn kawan2 atau pun adik beradik...hanya org bodoh dan tak.waras je yg suka share kisah seks  sendiri..yuckkk..bodoh..

Nk jenguk bod seks tu pun nk muntah aku ...ada yg bangga duk cerita kisah seks sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni elok dicampak ke bod perubatan atau bod seks kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Setezah kentot faraj tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 22-5-2022 11:03 AM
JANGAN TERLALU BERKONGSI KISAH RANJANG KEPADA RAKAN BUJANG!
Pada masa yang sama, Dr. Aishah turut me ...

Iols tak suka kawan2 yg dh kawen cite pasal sakit bagai nih
Jujurin cerita2 dorang tu mmg agak keterlaluan.
Mujurla skrg org dh tak cite sgt dah dulu2
Memasing rancak bercerita kisah malam pertama kat orang kalau yg indah2 ok la juga nih duk cite sampai nangis teruk la
Terpaksa gigit selimut sbb takut mak pak dengar dia nangis teruk
Sakit sangat sampai ada bunyi tuihhh mcm menda koyak putus tu laa
Mana laa kwan2 yg tgh menghitung hari tak rasa trauma sudahnya member tak dapat menikmati malam pertama sbb terlalu takut.
Paling teruk smapai berbulan2 pun tak dapat lakukan sbb tak dapat nk bebaskan minda tu drpd cerita2 ngeri kenkawan tu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 22-5-2022 11:51 AM
Iols tak suka kawan2 yg dh kawen cite pasal sakit bagai nih
Jujurin cerita2 dorang tu mmg agak ket ...

Sesetengah tu bangga bercerita...peghakkkk betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 12:13 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-5-2022 10:56 AM
cuba tepek gmbr sheols nk tgk

haha xreti tepek
cuba search kt fb draishahlangkawi2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 22-5-2022 12:04 PM
Sesetengah tu bangga bercerita...peghakkkk betul

Ko kalau nak sebut,sebut aja.... tak payah nak berhint hint segala.


Sebut aja, @makadekz......Ah macam itewww

Kena renung sharp sharp wajah somi sewaktu ditoron....kongsinya ...takda memang tak datang klimax......tapi yg dia tak kongsi, terowongnya dah tahap dua 40 footers trailers boleh buat U turn....macam mana nak merasa ? Urat kemutan dah londeh...

Nasib baik wajah somi ada iras iras shuuukkkk

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 03:39 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 22-5-2022 11:03 AM
JANGAN TERLALU BERKONGSI KISAH RANJANG KEPADA RAKAN BUJANG!
Pada masa yang sama, Dr. Aishah turut me ...

serius eh ada yg share psl kisah seks sendiri kat bod seks sana?? nampak sgt x pernah jengah... jap lagi nk singgah lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 22-5-2022 03:39 PM
serius eh ada yg share psl kisah seks sendiri kat bod seks sana?? nampak sgt x pernah jengah... ja ...

Hehe.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.113799 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list