View: 1158|Reply: 0
|
[SEJARAH]
Srikandi Aceh - Ratu Perang"
[Copy link]
|
|
Srikandi Aceh - Ratu Perang"
Nama srikandi ini ialah "Cut Nyak Dhien" nama yang diberi oleh ayahnya Teuku Nanta Seutia yang juga seorang pejuang dan Mujahidin. Cut Nyak Dhien dilahirkan pada tahun 1848 Masihi di "Lampadang Aceh". Dan pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali , Pertama dengan Teuku Ibrahim Lamnga pada tahun 1862 Masihi , Selepas suaminya syahid di medan pertempuran menentang kafir belanda pada tahun 1878 Masihi , Cut Nyak Dhien berkahwin sekali lagi dengan seorang lelaki yang bernama Teuku Umar pada tahun 1880 , Namun suaminya yang kedua ini juga telah syahid menentang kafir belanda pada tahun 1889 Masihi.
Hampir sepanjang hayat hidupnya , Cut Nyak Dhien mengabdikan diri untuk berperang menentang kafir belanda bersama suaminya demi Agama , Bangsa dan Tanah Airnya. Beliau hanya dapat berehat selepas ditangkap kafir belanda yang ketika itu beliau diasingkan dari aceh ke sumedang pulau jawa. Bagaimana agaknya beliau ditangkap oleh pihak Belanda sedangkan selama berpuluh-puluh tahun beliau berperang dan tidak pernah ditangkap ?
Kisahnya begini , Selepas perang demi perang , Dan bersembunyi dari satu tempat ke satu tempat untuk menyusun serangan gerila , Para panglima dan pejuangnya syahid sedikit demi sedikit sehinggalah pengikutnya sudah tinggal beberapa orang. Beliau telah jatuh sakit dan matanya semakin rabun. Keupayaan dan tenaganya tidak lagi seperti dahulu. Disebabkan hal ini ada seorang pengikutnya yang juga orang kepercayaanya bernama Pang La’ot merasa tidak ada harapan lagi untuk berjuang apatah lagi untuk menang.
Lalu beliau menawarkan kepada Cut Nyak Dhien supaya berputus asa dan menyerah kepada Penjajah Belanda untuk mendapatkan rawatan kesihatan dari sakitnya yang semakin hari semakin parah. Selepas Pang La'ot memberikan kata sedemikian , Cut Nyak Dhien lalu berkata :
“Menyerah kepada kaphe (kafir)? Cis, NAJIS! Semoga Allah menjauhkan perbuatan yang sehina itu dari diriku,” begitulah jawapan Cut Nyak Dhien kepada pengikutnya itu yang bernama Pang La’ot.
Kemudiannya , Pang La'ot pergi menemui ketua tentera Belanda, iaitu Kapten Veltman secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Cut Nyak Dhien. Siapa sangka pengikutnya itu berjumpa dengan kapten belanda itu untuk memberi tahu tempat persembunyian Cut Nyak Dhien.
Dan akhirnya pada 4 November 1905 di sebuah pedalaman hutan Meulaboh Aceh. Cut Nyak Dhien dan beberapa pengikutnya diserbu oleh kafir belanda , Berlaku pertempuran kecil seketika , Pengikut setia Cut Nyak Dhien telah syahid beberapa orang demi melindungi ketuanya itu. Tapi oleh kerana bilangan mereka yang sedikit menghadapi tentera belanda yang ramai dan lengkap bersenjata api , Cut Nyak Dhien akhirnya ditangkap walaupun beliau ketika itu cuba bertarung , Tapi apakan daya beliau sudah tidak bertenaga ditambah pula matanya yang sudah semakin rabun. Anak Cut Nyak Dhien iaitu Cut Gambang sempat melarikan diri ketika pertempuran itu berlaku.
Ketika Cut Nyak Dhien telah ditangkap , Beliau kemudiannya terus berkata :
Ya Allah, Ya Tuhan! Inikah nasibku? Di dalam bulan puasa, aku diserahkan ke tangan kaphee (kafir)?,” ratap Cut Nyak Dien sambil menadahkan kedua tangannya ke langit. Walaupun dalam keadaan sedemikian , Beliau terus melawan, Namun wanita perkasa itu sudah tidak berdaya lagi.
Pang La’ot lalu mendekati Cut Nyak Dhien dan berkata padanya agar jangan takut, kerana Belanda akan memperlakukannya dengan baik. Namun ketika La’ot hendak meneyentuh tangan Cut Nyak Dhien dan memujuknya ia lantang berkata :
"Cis, jangan menyentuh kulitku, pengkhianat engkau, tidak kusangka, lebih baik kau menunjukkan budi baikmu kepadaku dengan jalan menikamku."
Penangkapan Cut Nyak Dhien itu membuatnya terpaksa menjalani sisa masa puasa dan sebagai tawanan Belanda di sekitar Kutaraja, Aceh. Namun kerana pengaruhnya terhadap fanatisme dan perjuangan rakyat dalam menentang Belanda belum lenyap dihati rakyat aceh, ia kemudiannya diasingkan ke Sumedang Pulau Jawa pada tahun 1908 Masihi.
Disanalah beliau menghabiskan sisa hidupnya dengan mengajarkan ilmu agama kepada golongan ibu dan kanak-kanak, Dan akhirnya pada 6 November 1908 Masihi, Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kerana sakit tua, Dan dimakamkan di Gunung Puyuh, Sumedang.
Demikianlah sedikit sebanyak mengenai kisah beliau yang dapat saya kongsikan. Gambar dibawah Cut Nyak Dhien berada di tengah sedang menangis seperti sedang berdoa dengan menadah tangannya , selepas ditangkap Belanda. Walaupun beliau seorang srikandi dan ratu perang aceh itu tidak mengubah hakikat beliau seorang wanita yang mempunyai hati yang lembut, Jadi tidak hairanlah beliau menangis mungkin disebabkan tengah sakit , dan tidak rela jatuh ke tangan kafir belanda ditambah pula beliau telah dikhianti oleh orang kepercayaanya sendiri.
Bissirril Al-Fatihah.
Moga Allah Merahmati Ruhnya Dan Menempatkan Beliau Bersama Para Syuhada.
*Maafkan saya edit sedikit gambar tersebut kerana kelihatan rambut dan kaki Cut Nyak Dhien. Tidak elok menyebarkan gambar seseorang yang terlihat auratnya, Ditambah pula orang itu telah meninggal dunia. Syariat Agama tetap kita kena utamakan walaupun berkongsi sesuatu sejarah
Kredit : Tengku Daeng MAwelle
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|