CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga tunggu lama untuk stok tepung

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Peruncit di sekitar bandar raya ini dilanda keresahan apabila stok tepung di premis masing-masing kian menyusut dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan daripada pihak pemborong.

Seorang peniaga di Pasar Awam Jalan Anson, Khoo Yeng Peng, 76, berkata, dia hanya menjual tepung yang kini cuma tinggal 15 paket dan tidak tahu bila bekalan tepung berkenaan akan sampai.

"Sebelum ini, setiap kali pesan dari pemborong di Lebuh Macallum mesti mereka boleh hantar (tepung). Ini sudah lebih seminggu masih belum sampai. Cuma saya belum fikir untuk catu jualan dan percaya akan dapat stok tidak lama lagi.

"Harga tepung cap Sauh saya jual RM3.50 berbanding RM2.80 beberapa bulan lalu. Tepung cap Ros harga lebih murah tetapi sudah lama tidak dapat bekalan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, barangan berkait tepung seperti biskut dan roti juga lambat sampai dan terpaksa menunggu sehingga tiga minggu untuk mendapatkan stok baharu.

"Selalunya tiap-tiap minggu barang berkenaan akan sampai termasuk sos cili, sardin, kicap sekarang semua kena tunggu lama. Satu lagi barang yang kerap pelanggan tanya ialah minyak peket saya sudah lama tidak jual kerana tiada stok," katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai runcit, Syeriffah Muhd Zaman, 53, berkata, desas-desus yang menyatakan bekalan tepung hanya dapat bertahan sehingga Julai sedikit-sebanyak membimbangkan hati peniaga kecil sepertinya.

"Saya bimbang kalau-kalau ada pemborong sengaja tahan stok dan tindakan itu akan membuatkan harganya melambung tinggi pada masa akan datang.

"Buat masa ini, kami tidak mencatu pembelian tepung kerana bekalan masih ada dan kami ada menjual pelbagai jenama tepung pada harga RM2.30 hingga RM3.80," katanya yang berniaga di Jalan Sungai Dua di sini, sejak 12 tahun lalu.


KHOO Yeng Peng hanya menjual tepung cap Sauh yang kini cuma tinggal 15 paket dan tidak tahu bila bekalan tepung akan sampai ketika tinjauan di Pasar Awam, Jalan Anson di Georgetown. FOTO Mikail Ong
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... stok-tepung-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039892 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list