View: 363|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Peniaga resah bekalan tepung susut
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/tepung1_1652769962.jpg)
Khoo Yeng Peng menunjukkan stok tepung di kedainya kian susut. - NSTP/MIKAIL ONG
GEORGETOWN: Peruncit sekitar bandar ini resah apabila stok tepung di kedai masing-masing kian menyusut dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan bahan berkenaan daripada pihak pemborong.
Peniaga di Pasar Awam Jalan Anson, Khoo Yeng Peng, 76, berkata dia hanya menjual tepung cap Sauh yang cuma tinggal 15 paket hari ini dan tidak tahu bila bekalan tepung jenama berkenaan akan sampai.
"Sebelum ini, setiap kali buat tempahan dengan pemborong di Lebuh Macallum, mereka mesti hantar, sekarang sudah lebih seminggu, masih belum sampai. Cuma saya belum fikir untuk catu jualan dan percaya akan dapat stok tidak lama lagi.
"Harga tepung cap Sauh saya jual RM3.50 berbanding RM2.80 beberapa bulan lalu. Tepung cap Ros lebih murah, tetapi sudah lama tidak dapat bekalan," katanya ketika ditemui BH, hari ini.
Menurutnya, barangan berkait tepung seperti biskut dan roti juga lambat sampai dan pekedai terpaksa menunggu sehingga tiga minggu untuk mendapatkan stok baharu.
"Selalunya tiap-tiap minggu barang berkenaan akan sampai, termasuk sos cili, sardin dan kicap sekarang, semua kena tunggu lama. Satu lagi barang yang kerap pelanggan tanya ialah minyak paket yang saya sudah lama tidak jual kerana tiada stok," katanya.
Seorang lagi pengusaha kedai runcit, Syeriffah Muhd Zaman, 53, berkata desas-desus bekalan tepung hanya dapat bertahan sehingga Julai, sedikit sebanyak membimbangkan hati peniaga kecil sepertinya.
"Saya bimbang kalau-kalau ada pemborong sengaja tahan stok dan tindakan itu akan membuatkan harganya melambung tinggi pada masa akan datang.
"Buat masa ini kami tidak mencatu pembelian tepung kerana bekalan masih ada dan kami ada menjual pelbagai jenama tepung pada harga RM2.30 hingga RM3.80," katanya yang berniaga di Jalan Sungai Dua, di sini sejak 12 tahun lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ekalan-tepung-susut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|