CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 7

[Jenayah] Lelaki meraba dalam lif PPR ke Hospital Bahagia...ambik kaw!

[Copy link]
Post time 15-5-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-5-2022 10:06 PM

Kuala Lumpur: Lelaki yang didakwa meraba kanak-kanak dalam lif di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini akan dihantar ke Hospital Bahagia di Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, suspek berusia 30-an itu akan dihantar ke hospital terbabit selepas pihaknya menerima perintah mahkamah.

"Kami sudah merakam percakapan mangsa serta suspek dan berdasarkan keterangan yang diambil, menyatakan lelaki berkenaan adalah pesakit mental," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, wanita 36 tahun menyatakan kebimbangannya selepas anak perempuannya berusia 12 tahun didakwa diraba dalam lif di tempat tinggal mereka, semalam.

Katanya, dia mengetahui kejadian selepas anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan menceritakan apa yang berlaku.

"Selepas mendengar penjelasan anak saya, laporan polis terus dibuat kerana saya bimbang suspek tinggal di kawasan perumahan sama. Lebih membimbangkan dia dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama kejadian atas alasan pesakit mental.

"Ada jiran memaklumkan kejadian sama pernah menimpa mereka dilakukan oleh pelaku yang sama. Saya berharap tindakan segera dapat diambil," katanya.

Disiarkan pada: Mei 15, 2022 @ 6:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842183/lelaki-didakwa-meraba-bakal-ke-hospital-bahagia





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal je.. sementara tu sempat la meraba anak org lain.. xpun rogol..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:11 PM | Show all posts
Menurut acik2 forum kalau pelaku ni mental atau OKU mereka akan kecewa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:53 AM | Show all posts
nanti jadi macam kes orang jerit depan rumah tokti tu

dia lepas balik, pastu buat benda sama semula

polis tangkap, masuk hospital bahagia, pastu lepas balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:32 AM | Show all posts
jgn ingt pesakit mental boleh terlepas hukuman. maybe dia sedar semasa kejadian.

iol harap dia diterima hukuman seadanya. at least, sebat loloi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ni yg kecoh kt pntai dlam tu hari ke d byk kali asyik lepas... xtahan lg dorang ngamuk kasi viral
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 10:40 AM | Show all posts
ni lah kesan banyak sangat tunjuk tetek dlm media sosial...budak2 yg tak bersalah dan innocent yg menjadi mangsa...kakak2 dan ibu2 dok dok sibuk gegar tetek dlm tiktok, FB dan IG...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:53 AM | Show all posts
sila meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.078755 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list