CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

Pertembungan 'six pointer'

[Copy link]
Post time 11-5-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Aksi tonggak Negeri Sembilan FC, Goulon (kiri) dan Johor Darul Ta'zim, Bergson.

KUALA LUMPUR: Aksi bertaraf 'six pointer' - itu rumusan yang boleh menggambarkan pertembungan antara Negeri Sembilan FC (NSFC) berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini.

Istilah 'six pointer' sering digunakan bagi menggambarkan pertembungan antara dua pasukan yang memiliki kedudukan hampir sama dan kebiasaannya digunakan di penghujung musim untuk 'mengira' penyingkiran.

Namun ada kalanya ia digunakan untuk perlawanan membabitkan dua pasukan teratas dan pertembungan antara NSFC dan JDT memang 'kena' kerana kedua-duanya pasukan terbaik liga ketika ini.

Kemenangan akan memberikan tiga mata kepada pemenang sekali gus bermakna pasukan yang kalah hilang tiga mata - disebabkan itu aksi ini digelar 'six pointer' kerana satu kemenangan berharga ibarat enam mata.

Skuad Jang mencipta kejutan apabila 'gayat' di Liga Super namun kedudukan mereka di persada diintai oleh penyandang juara yang memenangi Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Apa yang membuatkan aksi ini begitu 'blockbuster' bukan setakat kerana menampilkan dua juara - NSFC sebagai juara Liga Perdana dan JDT sebagai juara Liga Super namun disebabkan rekod dua pasukan itu pada musim ini.

Dua pasukan ini masih belum tewas setakat ini di mana NSFC belum tewas selepas enam perlawanan manakala JDT yang 'berehat' seketika daripada kancah tempatan melakar rekod bersih empat kemenangan dalam empat perlawanan.

Anak buah K Devan membuktikan mereka memang material Liga Super apabila berjaya bersaing dengan pasukan lain tetapi kali ini lain - JDT adalah cabaran terbesar dan jauh lebih berbeza daripada apa yang pernah mereka hadapi sebelum ini.

Ini kerana tahap Harimau Selatan memang lebih tinggi berbanding pasukan lain di kancah bola sepak tempatan - prestasi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) sudah menjadi bukti empirikal terhadap 'kesaktian' JDT.

Jika di pentas tertinggi ACL pun berjaya mereka tawan, inikan pula Liga Super yang lapan tahun menjadi 'taman permainan' mereka - dengan kualiti pemain tempatan mahupun import, siapa lagi mampu menyaingi mereka?

Lebih menggerunkan selepas kita menyemak fakta pasukan itu di Liga Super musim ini kerana dalam empat perlawanan, JDT menjadi pasukan yang terlebih dahulu membuka jaringan - bermakna mereka tidak pernah ketinggalan walau seminit sekalipun.

Lebih mudah difahami - JDT jaringkan gol dahulu dan 'game over' - mereka akan memenangi perlawanan, jadi NSFC perlu mengelak JDT daripada merobek gawang mereka terlebih dahulu.

Ada tetapinya kerana seandainya NSFC 'bocor' dulu, mereka ada kemampuan untuk bangkit seperti yang ditunjukkan ketika bangkit mengikat Selangor FC (SFC) 2-2 dan menang 2-1 ke atas Sarawak United.

Bola sepak adalah sukan penuh emosi tetapi masih bersandarkan kepada fakta, justeru tidak salah untuk NSFC bermimpi mencipta kejutan cuma harapan realistik tetap perlu diletakkan.

Benar semua pasukan mahukan tiga mata tetapi menentang pasukan bertaraf 'super star' dalam konteks liga tempatan, kejayaan mengikat JDT pun sudah boleh dianggap satu pencapaian yang patut diraikan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mbungan-six-pointer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.102830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list