CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

Kami mahu balas dendam

[Copy link]
Post time 11-5-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode

SELEPAS mengejutkan Thailand dalam aksi pembukaan, Sabtu lalu, Malaysia bersedia memburu kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B, Sukan SEA 2021 apabila menentang Laos di Stadium Thien Truong, Nam Dinh malam ini. – IHSAN FAM

  

PETALING JAYA: Brad Maloney tidak mahu pertemuan menentang Laos malam ini menjadi medan ‘balas dendam’ kerana yang pen­ting bagi pengendali skuad Malaysia bawah 23 (B-23) itu hanyalah mengutip tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan B, bola sepak Sukan SEA Vietnam.

Begitupun bagi pemain-pemain negara, aksi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh adalah peluang terbaik untuk me­numpaskan lawan yang mengecewakan mereka dalam Kejuaraan AFF B-23, Februari lalu.

Tonggak pertahanan negara, Harith Haikal Adam Afkar menegaskan, dua kali kalah ­dikalahkan oleh Laos dalam kempen Piala AFF B-23 masih meninggalkan kesan mendalam dan membuatkan mereka lebih berwaspada berdepan skuad bimbingan Michael Weiss.

“Kali ini kami sudah bersedia. Kehadiran beberapa pemain utama memberikan keku­atan kepada pasukan, walaupun mereka (Laos) kuat tapi kami yakin mampu menang.

“Perkara paling menarik, kami memenangi perlawanan pertama (mengalahkan Thailand 2-1), semoga pingat emas mampu diraih,” ujar pemain kelahiran Klang, Selangor.
Malaysia
PEMAIN Malaysia gagal menyaingi Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan AFF Bawah 23 di Kemboja, Februari lalu.

Pemain tengah yang terkenal dengan ­julukan Kaka Malaysia, Nur Azfar Fikri Azhar pula melaungkan amaran betapa dia tidak gentar untuk berdepan Laos.

Menurut bintang Terengganu FC II itu, ­hanya kemenangan dapat melunaskan ­‘hutang lama’ kalah kepada lawan di Phnom Penh, Kemboja.

“Kita akan jumpa Laos sekali lagi. Pada Kejuaraan AFF kita kalah dua kali dengan mereka, jadi kali ini akan ‘langgar’ sahaja.

“Ini juga adalah misi balas dendam, sebab semasa kita kalah (di Kemboja) kita amat sedih, jadi kali ini jumpa lagi Laos nak balas ­dendam betul-betul,” katanya.
https://www.utusan.com.my/sukan/2022/05/kami-mahu-balas-dendam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.130991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list