View: 347|Reply: 0
|
KL City bangkit, Penang terus kempunan
[Copy link]
|
|
Kapten KL City, Paulo Josue (kiri) diasak pemain Penang pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. - FB KL CITY FC
KUALA LUMPUR: Penang FC (PFC) terus kempunan untuk merakam kemenangan pertama musim ini selepas tumbang 3-2 di tangan KL City FC pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Namun semangat yang ditunjukkan pemain PFC yang cuba bangkit selepas ketinggalan tiga gol wajar dipuji sekali gus memberi petanda positif buat pasukan di bawah kendalian jurulatih sementara, Manzoor Azwira Abdul Wahid.
Buat KL City, kemenangan itu pasti melegakan sedikit ketegangan juara Piala Malaysia itu yang sebelum ini mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Pada aksi terbabit, PFC yang masih tercari-cari rentak terpaksa membenarkan KL City menguasai permainan namun penguasaan dimiliki itu tidak cukup untuk menerbitkan 'bibit-bibit gol' buat tuan rumah.
Pertahanan PFC, Abdul Latiff Suhaimi menjadi pemisah antara gol ataupun tidak buat KL City selepas menafikan percubaan Akram Mahinan di atas garisan gol pada minit ke-11.
Peluang keemasan KL City sekali lagi hadir dua minit berselang namun kali ini, penjaga gol PFC, Khatul Anuar Md Jalil pula mengecewakan KL City selepas cemerlang menepis sepakan penalti Romel Morales.
KL City akhirnya menemui gol pembukaan pada minit ke-42 selepas penyudah 'finesse' J Partiban meleret ke sebelah kanan pintu gol PFC sekali gus menjadikan kedudukan 1-0.
Bersambung babak kedua, hantaran panjang PFC yang 'sangkut' memberikan peluang kepada KL City melancarkan gerakan yang disempurnakan Morales pada minit ke-54 sebelum voli menarik Zhafri Yahya pada minit ke-77 menjadikan kedudukan 3-0.
Ketika selesa dengan 3-0, KL City cemas apabila melepaskan dua gol dalam tempoh 11 minit akhir perlawanan menerusi sepakan penalti Endrick dos Santos (m79) disusuli jaringan kedua oleh Hilal El Helwe (m86).
https://www.bharian.com.my/sukan ... nang-terus-kempunan |
|
|
|
|
|
|
| |
|