CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 5

[Tempatan] Gempar kereta H terbakar mengundur

 Close [Copy link]
Post time 10-5-2022 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 05:57 AM

Gempar kereta terbakar mengundur[size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Roselan Ab Malek
[email protected]




HYUNDAI Elantra yang terbakar. FOTO ihsan polis




Bentong: Pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta yang sedang terbakar mengundur menuruni laluan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, Hyundai Elantra yang terbakar mengundur sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire.
Kejadian itu dirakam oleh orang ramai dipercayai dari kereta kabel.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands sebelum api keluar dari bahagian enjin.

"Api itu merebak ke bahagian lain menyebabkan pemandu memberhentikan dan meninggalkan kenderaannya.
"Ketika itu kereta terbabit mengundur dengan sendiri dan terlanggar sebuah Toyota Vellfire di belakang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian itu menyebabkan Hyundai Elantra terbabit terbakar 80 peratus.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik JBPM," katanya.
Ismail berkata, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.


Disiarkan pada: Mei 10, 2022 @ 11:52am




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dasyat jugak tgk video ni tadi..kenapa ye boleh terbakar gitu enjin panas ke..kitorang penah naik genting bawak king myvi elok je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 10:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:47 AM | Show all posts
biasanya kes wiring audio..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039364 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list