View: 695|Reply: 0
|
Verstappen juara pertama GP Miami
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN berjaya menewaskan Leclerc dan Sainz untuk menjuarai GP Miami di Litar Antarabangsa Miami awal pagi semalam. – AFP
MIAMI – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mempamerkan pemanduan cemerlang untuk mendominasi Grand Prix (GP) Miami dengan menewaskan seteru utama, Charles Leclerc pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Miami awal pagi semalam.
Verstappen yang berjaya memintas jaguh Ferrari itu seawal pusingan pertama, berjaya kekal mendominasi saingan sehingga penghujung perlumbaan.
Leclerc terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan GP Miami itu di tempat kedua dengan rakan sepasukannya, Carlos Sainz melengkapkan kedudukan podium.
Kata Verstappen, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah selepas jentera Red Bull mengalami masalah kotak gear sewaktu sesi ujian pertama pada Jumaat lepas sehingga menjejaskan persiapan pasukan.
“Ini adalah kemenangan yang bermakna buat saya memandangkan perlumbaan GP Miami dilangsungkan buat kali pertama. Saya adalah pemenang pertama di sini sekali gus terpahat dalam sejarah tersendiri.
“Pujian wajar diberikan kepada barisan teknikal yang berada di belakang tabir kerana membantu merealisasikan kemenangan ini. Ia menyuntik semangat saya untuk terus bekerja keras pada GP yang akan datang,” katanya.
Sementara itu, Leclerc mengakui terkilan apabila gagal menggunakan kesempatan yang ada untuk memintas kedudukan Verstappen tetapi berharap dapat kembali bangkit untuk berada di landasan kemenangan pada perlumbaan seterusnya.
“Keputusan ini jelas membuktikan jentera Ferrari masih belum sempurna. Saya harap semua pihak terus bekerja keras sekiranya berhasrat untuk menamatkan kemarau gelaran juara dunia pada penghujung musim ini,” katanaya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... a-pertama-gp-miami/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|