View: 354|Reply: 0
|
Wan Rohaimi kecewa, Echeverria ceria
[Copy link]
|
|
PEMAIN JDT II, Alif Abdul Mutalip (kanan) diasak pemain PDRM FC, Alexander Ampohsah pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi. -FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
Johor Bahru: Pengendali PDRM FC, Wan Rohaimi Ismail tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas barisan pemainnya dibelasah 1-5 oleh Johor Darul Ta'zim II ( JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.
Wan Rohaimi berkata, pada aksi pertama sepatutnya barisan pemain boleh mencipta jaringan selepas meraih enam peluang terbaik dan antaranya tiga peluang mampu diterjemahkan dengan jaringan tapi gagal disudahkan.
"Dalam bola sepak apabila dapat peluang tapi tak jaringkan gol, sudah pasti ia akan menyukarkan untuk memberi corak permainan konsisten. Sekurang-kurangnya satu gol pada babak pertama mungkin cerita akan berbeza.
"Jadi ketika rehat babak pertama, saya sudah mengingatkan pemain supaya untuk berwaspada aksi 15 minit awal permainan tapi pemain saya sedikit alpa dan itu yang berlaku selepas JDT II jaringkan dua gol pada 10 minit awal permainan babak kedua.
"Selepas tujuh perlawanan yang kami harungi, apa yang menjadi punca sering hilang tumpuan dan benteng pertahanan tidak memberi fokus sehingga mudah pasukan lawan menjaringkan gol dan semestinya sukar tatkala beraksi di tempat lawan untuk cuba bangkit," kata Rohaimi.
Rohaimi menegaskan siasatan lebih mendalam bakal dilakukan bagi mengenal pasti punca kegagalan pemain mempamerkan aksi terbaik tatkala mahu menebus kehampaan bagi memburu kemenangan berbaki dua perlawanan sebelum mengakhiri pusingan pertama liga.
Dalam pada itu, pengendali JDT II, Mariano Echeverria berpuas hati dengan kesungguhan pemainnya bagi memastikan kemenangan diraih untuk melonjak ke tangga teratas liga dan memintas Kelantan FC.Katanya, kualiti dan kerjasama setiap pemain begitu luar biasa.
ketika babak pertama JDT II sering ditekan PDRM FC yang begitu rakus mengasak benteng pertahanan yang mempamerkan disiplin tinggi untuk membendung asakan berbahaya.
"Aksi babak pertama, kami agak tenggelam dan sukar merencanakan gerakan berbahaya apabila PDRM FC tidak memberi ruang dan mereka juga sering melakukan serangan berbahaya dan pemain saya terpaksa bermain secara selamat.
"Kami bangkit dengan permainan yang lebih baik pada babak kedua dan pemain tunjukkan karektor yang mantap untuk pastikan setiap perancangan taktikal yang diubah ketika rehat babak pertama beri impak terhadap permainan dan ia membuahkan hasil dengan kemenangan 5-1," kata Echeverria.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wa-echeverria-ceria |
|
|
|
|
|
|
| |
|