Harapkan panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulakan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.
Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.
Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plantif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.
Foto: mStar Online
Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.
"Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.
"ihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.
"Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah," katanya kepada mStar.