View: 376|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Lima jam pungut sampah di pantai Batu Feringghi
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/Cemar1_1650280842.jpg)
Georgetown: Petugas pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil masa lima jam bagi memungut sampah sarap yang memenuhi pantai sekitar Batu Feringghi, di sini, hari ini.
MBPP menerusi kenyataannya di laman Facebook berkata, kerja pembersihan di sepanjang pantai itu membabitkan 10 petugas yang menyapu, mengutip sampah dan memulih kawasan berkenaan. Ia susulan sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang sampah merata-rata ketika mengunjungi pantai berkenaan
"Sampah dalam keadaan luar biasa itu dipercayai berpunca daripada sikap pengunjung yang berpesta tanpa kawalan di tepi pantai, kelmarin.
"Masih ramai pengunjung yang tidak bertanggungjawab mengotorkan pantai dengan sengaja serta membuang bekas minuman botol plastik dan pembalut makanan merata-rata," katanya di sini, hari ini.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/cemar5_1650280844.jpg)
Petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang membersihkan kawasan di sekitar Pantai Batu Feringghi yang dicemari sampah sarap. Foto ihsan MBPP
Susulan itu MBPP berkata, pihaknya berharap supaya kejadian itu tidak berulang dan menyeru kepada semua pengunjung di kawasan pelancongan supaya mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.
" Bagaimanapun, MBPP tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan punitif," katanya lagi.
Sementara itu, menerusi komen warga net, di laman Facebook MBPP, Thanish Waruma mendakwa, terdapat sekumpulan warga asing 'berpesta' di kawasan itu pada hari kejadian.
https://www.bharian.com.my/berit ... ntai-batu-feringghi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|