View: 430|Reply: 0
|
[Kedah]
Lari dari pemeriksaan polis, Bob dan Fakrul diburu
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bob_1650198012.jpg)
BOB (kiri) dan Fakrul diburu polis. FOTO ihsan polis
Sungai Petani: Dua ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat lelaki yang tidak memberhentikan kereta sehingga memaksa polis melepaskan lima das tembakan di Pasar Awam Tikam Batu, dekat sini, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Keladi dan sebuah flat dekat sini, kira-kira jam 5 pagi hari ini.
Sumber berkata, penahanan dua suspek terbabit dipercayai dapat membantu siasatan kes sekumpulan lelaki memecut Proton Wira kelabu ketika ditahan polis untuk pemeriksaan.
Menurutnya, setakat ini dua suspek berkenaan juga mengaku terbabit dalam kes samun di sebuah pasar mini di Kawasan Perindustrian Cendana, dekat sini pada 8 April lalu.
"Dalam kejadian samun pada 2.40 petang itu, pekerja di pasar mini terbabit membuat laporan polis selepas dia diminta menyerahkan beg galas dan diacu pisau oleh suspek ketika berada berhampiran keretanya selepas menutup premis.
"Bagaimanapun mangsa melawan menyebabkan suspek memukulnya menggunakan besi membuatkan mangsa menjerit meminta tolong sebelum dua penjenayah berkenaan melarikan diri," katanya.
Sumber berkata, polis percaya dua suspek terbabit adalah individu sama yang berada dalam kereta dan cuba melarikan diri sehingga lima das tembakan terpaksa dilepaskan terhadap mereka, semalam.
"Hasil pemeriksaan mendapati dua suspek berkenaan masing-masing mempunyai lebih 10 rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, polis masih memburu dua lagi suspek yang dikenali sebagai 'Bob' dan 'Fakrul' yang berusia 19 dan 22 tahun.
Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit sudah dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 188 KK kerana ingkar perintah penjawat awam.
"Kita harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam media sosial dan menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terserempak atau mengenali suspek," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... b-dan-fakrul-diburu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|