View: 3140|Reply: 1
|
Awas! 5 Virus Komputer Yang Paling Bahaya Di Dunia
[Copy link]
|
|
Ada pelbagai anti-virus yang boleh membantu komputer kita untuk mengelak dan menghalang virus yang memasuki komputer, anti-virus seperti Kasperky, Window Defender, AVG dan banyak lagi.
Tetapi ada 5 virus yang dikatakan paling berbahaya di dunia sehinggakan menyebabkan kerugian dalam bentuk Bilion Dollar.
kredit foto: AntiVirusJar
Petikan dari Iluminasi, ini adalah 5 virus komputer paling bahaya di dunia.
kredit foto: Cyberhoot
Stuxnet yang dicipta oleh hasil kerjasama iaitu Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan kerajaan Amerika Syarikat (AS), ia bertujuan untuk menganggu usaha nuklear yang dibuat oleh kerajaan Iran. Difahamkan virus ini pernah merosakkan 1/5 sentrifugal nuklear Iran dan hampir 60 peratus jangkitan virus itu disasarkan ke seluruh rangkaian negara Iran.
Tambahan pula, virus itu boleh juga digunakan untuk menyerang industri "rogrammable Logic Controllers" (PLC) yang membenarkan proses mesin diautomatikkan, syarikat teknologi Siemens mendapati virus itu melalui pacuan USB dan mereka tidak kesan virus itu berada didalam perisian mereka sehingga mereka sedar bahawa perisian mereka itu mengubahan kelajuan mesin di syarikat sehingga ia menjadi rosak.
kredit foto: Cyberhoot
Virus Melissa yang dihasilkan oleh David L. Smith pada tahun 1999, virus itu bermula sebagai sebuah dokumen Word yang dijangkiti, dimuatnaik ke lawan sesawang lucah, dengan dakwaan ianya adalah kata laluan kepada laman-laman lucah. Selepas dokumen word itu dimuat turun dan dibuka, ia tersebut akan membebaskan virus Melissa.
Di samping itu, virus itu juga akan menghantar email dokumen kepada 50 orang di dalam dalam senarai alamat email individu yang terbabit, perkara itu mengganggu perkhidmatan email kerajaan dan Smith akhirnya ditangkap selepas pihak berkuasa menjejaki dokumen Word yang dibuat olehnya, Smith dikenakan hukuman penjara 20 bulan dan didenda sebanyak USD 5000 sahaja.
kredit foto: AntivirusWorld
Conficker ataupun lebih dikenali sebagai Downup, virus itu menyerang komputer dengan menggunakan kelemahan dalam sistem operasi bagi membuat sebuah botnet. Botnet adalah rangkaian komputer peribadi yang telah dijangkiti dengan perisian yang tidak diingini tanpa pengetahuan pemilik komputer itu.
Virus itu dikatakan telah menjangkiti lebih 9 juta komputer di seluruh dunia, ia menjejaskan perniagaan, aktiviti kerajaan dan ramai lagi. Ianya adalah antara jangkitan virus yang paling teruk sehingga menyebabkan kerugian sebanyak USD9 Billion.
kredit foto: PC Hell
Sasser adalah virus jenis cacing (worms) yang dibuat oleh seorang pelajar sains komputer iaitu Sven Jaschan, adalah individu yang bertanggungjawab yang mencipta virus itu. Virus itu akan menbuat komputer menjadi sangat perlahan, dan jika virus itu masuk ke perkakas elektronik, perkakas itu akan rosak.
Sasser yang menggunakan kelemahan penimbal limpahan dalam Local Security Authority Subsystem Service (LSASS) ia bertujuan untuk mengawal polisi keselamatan akaun pemilik dan menyebabkan operasi komputer terganggu dan terhenti. Virus itu dikatakan telah menjangkiti lebih sejuta komputer dan menyebabkan kerugian sebanyak USD18 Bilion, Sven telah didakwa tetapi kerana dia bawah umur ketika itu, dia hanya digantung selama 21 bulan daripada institusi pendidikannya.
kredit foto: Bleeping Computers.
Virus Mydoom yang dikatakan lagi bahaya dari virus ILOVEYOU dan Code Red, ramai tidak tidak tahu siapa penciptannya tetapi Mydoom adalah virus yang paling bahaya. Mydoom yang tersebar melalui email, apabila diklik, virus itu menyebarkan dirinya kepada semua alamat di dalam buku alamat email pengguna dan menyalinkan dirinya ke dalam fail program P2P.
Bukan itu sahaja, virus itu dikatakan pernah menyerang syarikat perisian SCO Group kerana konflik dalaman berkenaan hak pemilik kod Linux, kerugian itu dikatakan sebanyak USD38.5 Bilion dan virus Mydoom masih aktif sehingga ke hari ini. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|