CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

MHC puas hati prestasi skuad wanita

[Copy link]
Post time 14-4-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD hoki remaja wanita ketika menentang Zimbabwe. FOTO MHC

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala ternyata berpuas hati dengan persembahan dipamerkan skuad projek khas wanita negara di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan.

Menurutnya, anak buah Nasihin Nubli meraih pengalaman dan pelajaran berguna serta sangat berharga di kejohanan tahap tinggi peringkat antarabangsa itu.

"Pemain muda wanita kita mempamerkan aksi mengagumkan bukan saja dari aspek teknikal juga dari segi fizikal dan mental. Beberapa bulan lalu jurulatih ada berkongsi dengan saya pemain wanita ini sangat muda, dengan memiliki tenaga luar biasa dan pantas di atas padang," katanya di akau media sosial, Facebook.

Bagaimanapun, Shamala mengakui beliau tertarik dengan melihat ada yang terus membuat kesimpulan mengenai pasukan berkenaan terutama jika ada sesuatu yang 'buruk' berlaku.

"Ketika tewas pada perlawanan pertama 10-0 bertemu Jerman. Saya menerima beberapa mesej daripada 'pakar-pakar' sukan ini di mana ia agak mengejutkan dan menyedihkan.

"Walaupun saya sudah lama berada dalam persekitaran seperti ini, ia masih membuatkan saya sedih dan terkejut. Anda boleh bayangkan cara mereka menganalisa memang tidak boleh bayangkan, di mana saya tidak boleh untuk berkongsi di sini," katanya.

Dalam masa sama Shamala berasa lega kerana ramai lagi yang memberikan sokongan dan galakkan kepada mereka memainkan peranan besar dalam meningkatkan permainan skuad berkenaan.

"Mereka membuat perubahan hebat dan kami sangat berterima kasih kepada anda semua. Dalam perbualan harian, mereka mengakui betapa pentingnya untuk belajar daripada apa yang berlaku namun kita pasti boleh memperoleh skuad masa depan lebih baik dengan memberi tumpuan kepada permainan serta mempercayai diri sendiri," katanya.

Skuad projek khas wanita negara menamatkan kempen kali ini di kedudukan ke-11 selepas menundukkan Zimbabwe 7-2 dalam aksi penentuan tempat ke-11/12, kelmarin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... estasi-skuad-wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.235251 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list