CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penjawat awam Pulau Pinang terima bantuan khas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 14-4-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,200, sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, BKK diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK), semalam.

Menurutnya, pembayaran BKK akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

"Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

"Guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (Tadis) masing-masing akan menerima BKK berjumlah RM200," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, BKK itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta.

"Selain sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini, BKK ini adalah sebagai penghargaan khas kerajaan negeri kepada semua penjawat awam Pulau Pinang yang sudah mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-khas-aidilfitri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.098729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list